Sunday, October 18, 2009

migrasi

atas sebab tertentu, blog ini berpindah ke sini:
http://labunorangkertas.blogspot.com

Sunday, June 14, 2009

ada seorang tuan guru

tiba2 awal pagi ni saya teringat kepada seorang tuan guru di teluk intan. saya tak berapa ingat namanya. barangkali tuan guru haji abdullah. barangkali. mungkin salah. tapi hati saya berat mengatakan memang namanya abdullah.

dia seorang warak dan - biasalah - kadang2 ada cerita itu ini mungkin ditokok tambah menunjukkan betapa ada karomah di kalangan orang alim tertentu.

tapi bukan cerita karomah tuan guru haji abdullah yang nak saya labunkan awal pagi ini.

ada satu kepelikan yang ada pada tuan guru tu. ia semacam satu legenda untuk dia. sebagai seorang tuan guru, dia rajin mengajar ilmu agama. maaf, saya tak ingat cabang ilmu apa yang dia ajar. mungkin fiqh, mungkin usuluddin, mungkin tasawuf. tak pasti. tapi dia seorang tuan guru dihormati dan rajin mengajar.

cuma, tuan guru haji abdullah tu akan marah kalau ada sesiapa yang bertanya ketika atau selepas dia mengajar. maknanya - kuliah ilmu tuan guru tu adalah sehala. hadirin datang, duduk bersila, tunduk atau tadah kitab dan tadah telinga. jangan tanya.

diceritakan orang, kalau ada sesiapa bertanya, dia akan marah. pada pandangan tuan guru haji abdullah, kalau ada sesiapa bertanya, maknanya orang itu tak beri perhatian ketika dia bersyarah.

maknanya - pada tanggapan tuan guru itu - orang berkenaan banyak main, lalai dan sebagainya.
maka, tak adalah sesiapa pun yang berani bertanya kepada tuan guru tu.

saya tak pasti adakah tuan guru haji abdullah masih hidup. ketika dia mengajar dulu, usianya pun dah lanjut. tak pasti, tapi barangkali lebih 60 tahun. dan saya baru 18 tahun ketika itu.

memetik kata sahabat saya, rima - dia (tuan guru itu) seorang yang bagus dan baik. bukan tak bagus atau tak baik. memang bagus dan baik. cuma dia akan jadi sangat bagus dan baik pada zaman silam. zaman lampau. bukan zaman sekarang. dia baik dan bagus pada zaman lalu.

apa pun, saya tak pernah dimarahinya sebab saya tak pernah pun sempat hadir (kalau tak silap la) ke kuliah mingguannya. dan tak ada sebab saya nak berdendam, kecil hati atau tak senang kepada dia. kepada Allah saya berdoa semoga tuan guru haji abdullah itu sentiasa mendapat rahmat dan kasih sayang daripada-Nya. ameen.

p/s: dalam salah satu (mungkin banyak) kitab kuning, penulisnya bermadah - kunci ilmu adalah bertanya. saya cuba berpegang kepada petua itu. wala'? ada tempatnya. tersalah letak, jadi zalim pulak.

Wednesday, May 13, 2009

selesema babi

kalau manusia, macam mana kita boleh berair hidung? kena hujan, badan tak kuat - memang boleh kena selesema. satu lagi - kalau menangis. menangis yang sangat2 sedih.

jadi, sekarang ni, patut la sekarang ni tiba2 muncul penyakit selesema babi. babi2 semua pelik, sedih, hairan dan ta'ajub sebab makin ramai babi dan membabi-babi. dan ramai lagi yang berebut2 ambil tempat dalam barisan nak join jadi babi sama.

Thursday, May 7, 2009

doa

mudah2-an Tuhan menutup pintu hati saya dan anak cucu daripada menamakan keturunan kami dengan 'azlan', 'zamri' atau apa2 yang seumpama bunyinya dengan nama itu. ameen.

Thursday, April 30, 2009

1malaysia kantoi di penanti

serta-merta pecahlah benteng airmatanya
dan berderai manik2 jernih menuruni
lereng kedut kulit wajah mengharap.
cintanya pernah hinggap di dasar hati dara
tapi lincah pula ditepis bayu subuh yang rusuh

serta-merta pecahlah benteng airmatanya
dan runtuh mahligai kaca di dada permatang
sebelum sempat simen dibancuh dan pasir dituang.
gejolak nafsu gersang membuak tapi ribut dan ombak
membadai menahan dan menghalang.
mimpinya macam dah confirm kecundang?

serta-merta pecahlah benteng airmatanya
dan tercabar kelelakiannya. keris terhunus
layar terkembang gelanggang terbentang
tapi apa kan daya hasrat terhalang.

nak tambah koleksi, anak dan isteri
di rumah menanti dengan kafan dan belati
nak ditinggal pergi, ada pulak ego
membentak dalam hati. pendekar tak boleh kalah
tak boleh kendur tak boleh rebah

(dan dalam senyap dan sulitnya
dia mengasap melangir kerisari bertuah
dan bertanya - ke mana arah langkah kaki
selepas ini? mungkinkah kembali ke danau
dan teratak damai peribadi
atau mencuba nasib lagi
meniti mata pedang dan bernyanyi
aku si pemberani?)

Sunday, April 26, 2009

1malaysia kena jual

"kain untuk siapa tu bang..?" tanya ashly ketika melihat pengurus syarikat wak jakil melipat satu demi satu kain mahal itu dan memasukkannya ke kotak di atas meja di depannya.

"yang ni untuk gusti agung," katanya.

"wah, berapa agak2-nya harga semua kain tu?"

"ada la dalam rm150...." katanya selamba.

(nota: 150 itu bukanlah rm150. tapi rm150,000)

"yang tu pulak?"

pengurus itu memandang ke arah yang ditunjuk ashly. di sana beberapa kotak bersusun kemas.

"yang tu tak boleh la cakap, dek.... abang nak cari makan," katanya.

"berapa nilai kain dalam kotak tu, bang?"

"adala dalam sejuta," katanya.

ashly ternganga. sejuta ringgit untuk kain?

"ha... yang kat situ, mungkin ada duit kita," katanya.

barangkali sudah menjadi lumrah apabila anda dilantik ke jawatan besar, antara kewajipan yang mesti dibuat adalah berboros2-an. membeli baju import sebelum mengangkat sumpah, misalnya.

atau membeli-belah macam tak ingat tuhan di paris, misalnya.

tapi, walau semahal mana pun kain dipakai, atau sebesar mana pun permata disarung, wajah cekang dan stone tetap tak boleh tukar. maka jadilah dia bayangan kepada isteri, erk maksud saya - suaminya yang semakin dilihat tak punya apa2 kecuali mengikut dan jadi pak turut kepada apa yang dicakap orang.

termasuk bini sendiri.

Tuesday, April 21, 2009

sepucuk surat tanpa setem drp paduka seru

sesampul surat
warna putih tiba di muka pintu
- tanpa setem tanpa soal
kerana sebaris kata
di mukanya adalah sabda
- tanpa setem tanpa soal

diajarkan pada helaian kuning itu
bahawa dada kertas itu
adalah tutur wajib
yang mesti ditunai. garisnya
adalah baris baja menentukan
taat - durhaka

difirmankan
pada aksaranya
digantungkan petaka

jangan kamu - katanya - sekali-kali
bersorak bertempik melolong tak tentu hala
kerana kampung ini wajib kamu jaga.
jangan dijual jangan digadai

sesampul surat
tanpa setem bergentayangan
di lelangit mimpi ngeri anak-anak
ketika mereka gelisah
cuba menutup lapar dengan air mata

tanpa setem
tanpa soal
kerana kepatuhan
pada firman dikandung
sesampul surat
wajib gratis

tanpa soal.
tanpa soal.
tanpa soal.
tanpa soal.

cist!

- nota di kuale