Monday, August 25, 2008

si budak gembala

betullah (bukan betul, wahai lah...) kata orang tua2 (bukan orang2 tua. kalau orang2 tua dah tak ada sekarang. dulu banyak di bendang2 untuk menghalau burung. la ni, burung pun tak hingin nak dekat dengan depa - dan depa itu adalah subjektif ha ha ha ha).

kata orang tua2, jauh berjalan luas pandangan. rajin memerhati banyaklah ilmu diperolehi.

sumpah, saya sebelum ini membayangkan ungkapan 'berbuih mulut' untuk menggambarkan cakap tak memberi kesan itu sama seperti seseorang bercakap selepas menelan sabun. serbuk pencuci kain, misalnya. apabila dia bercakap, berbuih2lah (bukan berbuih pulak, hang ni, lah) mulutnya dengan gelembung sabun tadi.

rupa2-nya berbuih mulut itu adalah seperti yang sama2 kita saksikan ketika seorang menteri letih berpencak di atas pentas hujah.

semasa kecil saya juga diceritakan tentang seorang gembala yang suka berbuat onar dengan bercakap bohong. dia meminta tolong kononnya ternakan dijaganya dibaham serigala. tetapi ternyata apabila ada orang datang membantu, si budak gembala itu ketawa kerana berjaya menipu.

nampaknya folklore itu menjadi bahan mencari populariti la ni. selain sumpah di masjid, folklore itu didendangkan lagi. dan menariknya, kesan daripada cerita bohong itu ternyata mendominasi suasana panas di pulau pinang.

saya kesian kepada budak gembala itu.

No comments: