Saturday, August 23, 2008

kelentong memanjang

"aku bengang betul le," kata haji lah sambil menggetap2 giginya. di rahangnya ternampak bergerak-gerak mengikut rentak getap giginya. dia merenung dada akhbar di depannya lama2.

bukan, bukan dia tak suka. dia suka. sebab tu matanya merenung dada akhbar itu lama2.

"ngape kamu bengang, aji?" tanya lebai man.

"ni hah, cakap tak serupa bikin," jawab haji lah.

"ngape?"

"iye le. aku teman marah benor orang cakap lain tapi buat lain!!!!"

"betul juga ye.... aku nengok diorang tu pun kadang2 baran juga."

"eh, kamu pun marah macam aku?"

"iye.... mane ada patutnya puak2 to' jib tu hulur duit kopi kat pengundi tu kata bukan sebab politik. ikhlas le konon. kata jangan politikkan mesjid, tapi tuan syed abduurrahhman as-syeikh syed 'abid al-monggoli tu kempen sampai sumpah2 kat mesjid, apa ceritanya?"

diam seketika.

"kamu cakap pasal apa?" tanya haji lah tiba2.

"pasal orang politik kita le..." jawab lebai man selamba.

"isyh, idak le aku cakap pasal orang politik. aku cakap pasal artis ni. tak mau dedah2, seksi2 tapi gambor seksi memanjang!" kata haji lah agak panjang.

"oh, iye ke...?"

No comments: