Friday, August 29, 2008

nota ringkas permatang pauh

nota 1
selain mengundi, menjerit dan bergetang urat (leher dan sebagainya), pilihan raya kecil ini juga medan untuk melaram. yang lelaki dengan gaya ranggi atau berani, yang perempuan kadang-kadang seksi.

nota 2
selepas pengumuman rasmi, anwar ibrahim dan beberapa pemimpin utama turut berucap di padang institut perguruan tuanku bainun. ketua menteri pulau pinang, lim guan eng, turut berucap (dan tersasul). sekali lagi dia melafazkan "amal makruf.... amal makruf (dia terlupa dan panik menoleh ke kiri dan kanan meminta bantuan) rakyat mahukan kerajaan yang amal makruf nahi mungkar". ucapannya itu disambut dengan tepukan dan ketawa.

nota 3
hadirian terdiri daripada pelbagai kaum. tak ada masalah ketika orang melayu melaungkan "lim kit siang! lim kit siang! lim kit siang!". orang cina dan india juga tak ada masalah melaungkan "husam! husam! husam!"

nota 4
adi putra - budak cerdik matematik - turut hadir di bahagian depan. kelihatan dia turut bercakap seketika sebelum polis kelihatan datang merapat ke arahnya. dia berhenti berucap tidak lama kemudian

nota 5
"ane, nak teh tarik"

"boley..."

"ane, tapi nak separuh saja"

"tak boley"

gaya percakapan penjual teh tarik dalam iklan u mobile menjadi ikutan sesetengah hadirian ketika menunggu pengumuman rasmi sehingga semua orang bersurai. ia banyak menceriakan keadaan.

nota 6
ketika anwar selesai berucap, masih ada orang di luar pulau pinang (mungkin) belum tahu keputusan siapa yang menang dalam pilihan raya umum. ramai yang ketawa melihat gelagat seorang budak muda melayan panggilan telefon sambil mencangkung di tengah orang ramai.

No comments: