Tuesday, September 9, 2008

aku anak melayu

kadang2 saya pun tak tau nak buat macam mana atau fikir macam mana.

semasa sekolah rendah dan menengah rendah, saya akui pernah terpesona dengan fahaman nasionalis membuta tuli. dengan gerakan islam, bukan saja saya pandang sebelah mata, tapi saya pandang tanpa mata. saya mencurigainya.

syukur selepas satu dua peristiwa, saya tercelik sedikit. dan saya belajar. dalam keadaan kejahilan saya masih tebal, saya diajar bahawa islam itu tidak terlalu mengira bangsa, warna kulit, asal keturunan, bahasa, lidah, atau apa saja. islam adalah kesejahteraan. keselamatan. keadilan. keindahan. kebaikan. juga segala yang baik2 dan yang tinggi2.

tiba2 saya terkedu apabila ada antara pejuang kesamarataan dan keadilan itu bertingkah (mungkin dalam samar) mengenai melayu. dan ketuanan melayu. dan merepek2 lain.

saya mungkin silap. maklumlah, ilmu masih nipis dan jahil masih tebal. cuma saya belum pernah jumpa Tuhan kata manusia dijadikan bersuku2 atau berbangsa2 untuk bermegah2.

berkenal-kenalan atau berbaik2, adalah.

berbangga2? saya tak tau kalau itu ada dalam islam. dalam assobiyah, confirm wajib diimani.

dan berbondong2-lah kamu ke taiwan untuk belajar bercucuk tanam sementara sebahagian lagi berdoa supaya kekal di kerusi separuh abad kamu

1 comment:

Dr Halimah Ali said...

Salam Syawal dan Ukhuwah / Ziarah. Teruskan sumbangan anda. InsyaALlah, ALlah menilai dan semoga tergolong dalam usahawa dakwah / ilmu maanfaat serta amal makruf nahi munkar.