Friday, September 12, 2008

takut2 berani, berani2 takut

tiga atau empat tahun lalu saya ada membaca dengan tekun buku tulisan lee ban chen - seorang lelaki tionghua yang lancar menulis (dan khabarnya bertutur) dalam bahasa melayu/malaysia. buku itu berjudul berani berjuang berani menang.

ia mengkisahkan perjuangan golongan pekerja ladang mendapatkan hak dan persamaan. terlalu banyak rintangan dan halangan dihadapi golongan tertindas itu. tekanan pemerintah, pemilik ladang, pihak berkuasa, misalnya. macam saling tak tumpah dengan keadaan sekarang.

kalau saya tak salah, ban chen itu pernah ditahan tanpa bicara di kamunting.
membaca buku adalah sederhana. cuma tajuknya agak menggoda. tapi saya menanggapi buku dan tajuk itu seadanya.

cuma sehari dua ini saya rasa ungkapan berani berjuang berani menang itu agak signifikan. juga relevan.

dari sisi lawak, ada orang tak mau berjuang kerana takut menang.

dari sisi sakit hati, ada orang yang berani berjuang tapi macam takut menang.


p/s: saya cadangkan satu hari nanti kita lantik adnan yaakob jadi piem negara kita yang (setakat ini) masing malang ini.

No comments: