Wednesday, October 29, 2008

ada apa dengan harakah?



terkejut juga saya bila ada orang kata edaran suara keadilan sekarang hampir2 200,000 setiap keluaran. lagi terkejut kononnya lidah rasmi pkr itu kini benar2 berubah dan semakin gah (walaupun end productnya - setakat yang pernah saya lihat - sangat menyedihkan. malu nak pegang!)
baguslah.

tapi, cerita itu tak berakhir di situ.

dikhabarkan angin kononnya sekarang harakah cetak pula bermasalah. jika dikira berdasarkan kepada keluaran/terbitan, suara keadilan kini agak jauh meninggalkan harakah cetak.

cuma, kalau nak bertekak dan nak berasa gah, memangla harakah tetap unggul dari segi edaran kerana terbit dua kali seminggu, sedangkan suara keadilan sekali seminggu.

konon kata khabar yang sampai kepada saya, antara punca penurunan edaran harakah adalah akibat rasa kecewa dan kurang senang pembaca terhadap kekecohan, pergolakan, pecah-belah dan haru-biru orang2 atasan pas sebelum ini.

maksudnya, isu nak tukar kerajaan atau nak berbaik2 dengan kerajaan sekarang dulu la.....entah betul entah tidak khabar tu.

tapi kalau rasa nak terus berbangga dan puas hati, hubaya! hubaya! harakah.

p/s: keberkesanan edaran harakah cetak melalui langganan pos pun masih belum memuaskan. nak sampai paper dari jalan pahang ke sungai buloh pun seksa?

2 comments:

jebatsari said...

baloqqqq

LensaPR said...

itu jualan sebulan kot, 8 kali keluaran. Atau jumlah cetak aja, yang laku tak tau berapa. Siapa nak audit. tanya pencetaknya leeee