Thursday, October 23, 2008

alahai khir toyo


kuala lumpur, 23 okt - ahli majlis tertinggi umno, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo sekali lagi menegaskan untuk menawarkan diri sebagai ketua pergerakan pemuda umno malaysia pada pemilihan parti yang akan berlangsung pada disember depan.

dr khir berkata, beliau masih berpegang kepada pendirian awal untuk bertanding jawatan itu sejak kali pertama mengumumkannya kira-kira lima bulan lalu dengan menyandarkan kepada maklum balas positif yang diterima daripada pemimpin pergerakan pemuda bahagian atau cawangan yang sangat menggalakkan.

"saya mohon restu dan sokongan daripada semua pergerakan pemuda umno bahagian di seluruh negara supaya dapat mencalonkan saya sebagai ketua pergerakan pemuda umno malaysia," katanya dalam satu kenyataan semalam.




sedih sungguh saya membaca berita di atas. sebaik saya terpandang nama pemimpin unggul dari selangor itu, mata saya tak dapat ditahan2 daripada mengalirkan air mata hiba.

lebih2 lagi ketika dia berkata: "saya mohon restu dan sokongan daripada semua pergerakan pemuda umno bahagian di seluruh negara supaya dapat mencalonkan saya..." itu maksudnya merayu! kesiannya dia.

tergamak anggota pemuda umno memandang sebelah mata kepada dr khir toyo selepas sekian banyak jasanya ditabur untuk selangor dan umno?


klik di sini untuk tahu kedudukan terkini pencalonan setakat ini.



p/s: "ada sesiapa nampak penyapu? ramai sedang mencari penyapu la ni...!"




No comments: