Wednesday, October 15, 2008

cerpen bunuh

saya sedang bercuti di kelantan sekarang. agak terlewat tahunya mengenai cerpen bunuh-membunuh ini. saya mengetahuinya daripada blog penarik beca. dan saya lebih lewat tahu siapa penulisnya.

rasanya, saya boleh agak mengapa akhbar ini dengan bangganya menerbitkan cerpen berkenaan.

ada banyak, sebenarnya.
a penulisnya adalah bekas orang kuat di akhbar itu
a penulisnya adalah orang besar di tivi tiga
a penulisnya ada nama dan sebagai bekas orang akhbar itu, dia lebih mudah mencelah untuk mendapat ruang mengisi cerpen akhbar itu, waima ia disiapkan beberapa minit menjelang offstone akhbar itu. giliran penulis lain? tak penting
a akhbar itu memang diketahui sikap chauvinisnya

tidak boleh diketepikan:
a akhbar itu kini merosot jualannya. jika dulu akhbar melayu paling laris, kini merudum ke tempat ketiga
a memainkan sentimen pembaca (melayu) selalu menguntungkan dalam strategi/taktik pemasaran. jualan selalunya boleh meningkat menggunakan formula ini
a ia pernah berlaku dan berjaya ketika astora jabat mengendalikan kolum agama di situ.

juga perlu diingat:
a penulisnya pernah menulis buku tentang khir toyo pada waktu dr khir toyo menjadi menteri besar
a penulisnya pernah menulis buku tentang datin seri endon mahmood
a penulis ini juga pernah menulis buku tentang najib razak, dan buku2 lain seumpamanya

dan:
sekarang era pertukaran rejim umno. saya tak kata beliau mencari peluang. tapi saya terfikir macam2 bila melihat senarai buku yang pernah dikarangnya.

No comments: