Saturday, October 25, 2008

keliru

i.
Hari ini
telah pulang seorang pejuang
meninggalkan jasa dan kasih sayang
yang tak terakam

hari ini juga
seorang anak kalut bertanya
patriotik tu apa?
k
omunis tu
apa?

Dan aku resah
membelek catatan sejarah
kosong


ii.
Dan
petang tadi
seekor ciak tersesat lelah
mencari sahabat
di tingkap rumahku
sedang hujan, lebat
teramat lebat di balik gunung.


iii.
Selamat pulang
pejuang.


ini sajak 'pulang' ditulis sahabat saya, brirasa, yang peka nuraninya kepada alam. saya suka sajak2-nya yang selalu lembut dan gemalai. sama ada di ruang sastera siber e-sastera atau blog peribadinya, sajak brirasa selalu mendapat reaksi kawan2 lain. banyak. kadang2 berbelas2 atau berpuluh2.

tapi sajak ini ditulisnya (di sini) sempena kematian shamsiah fakeh hanya sepi. saya yakin ada yang membaca, tapi tak ada yang mengomen.

terbukti fakta2 sejarah songsang yang lama ditanam di fikiran kita berjaya memberikan momokan cukup ngeri untuk pejuang2 kiri negara. namanya saja sudah dihitamkan dengan sifat 'kiri' itu.

memang kemerdekaan dicapai tanpa pertumpahan darah, tapi dengan tumpahan dakwat di atas meja dan air liur kerana berunding. tapi perjuangan mencapainya disirami darah2 si pemberani. banyak sangat.

dan pihak 'yang menang' itu terus menulis (dan menyeleweng) sejarah sekehendak hati mereka.

No comments: