Thursday, October 16, 2008

lengking dr ibrahim


sebenarnya saya serba salah untuk menulis tentang sajak yang kini menjadi perhatian pula. saya tidak pernah bermasalah dengan penulisnya selama ini. sama ada secara terang2-an atau sembunyi2-an.

tapi saya nak tak nak, nak cakap juga sedikit sebanyak.

doktor yang menulis sajak itu sebelum ini aktif dengan pena. banyak juga program baca puisi dijalankannya sama ada di rumah pena atau di shah alam satu ketika dulu.

saya pun baru tahu pena sediakan peruntukan (khabarnya, lumayan juga) untuk gerakkan program kesenian/kebudayaan ini di mana2 yang difikirkan sesuai oleh orang yang diberi kepercayaannya. sama ada program itu ada orang atau tidak, kurang penting. seeloknya, biarlah berorang, walaupun tiga orang.

saya nak kata: malang juga apabila doktor itu menulis sajak perkauman begitu. tapi saya batalkan niat untuk berkata begitu. sebab doktor ibrahim sebagai doktor ibrahim adalah rakan yang mesra dan hebat PR-nya. tapi doktor ibrahim sebagai penulis adalah penulis sajak dan buku yang lincah. juga lihai. walau sesekali tergelincir daripada percaturannya.

cuma nasib baik pena tak sebebal gapena yang ketuanya hanya bersuara mengikut suara orang atasan. apa sumbangannya untuk kesusasteraan dan penulis, entah.

No comments: