Tuesday, October 28, 2008

kamu suka lidah yang panjang?


kata orang yang nak cakap orang putih, double standard. kata yang nak bercakap bahasa melayu atau bahasa malaysia - talam dua muka.

kata saya - lidah lebih panjang dan pantas daripada akal.

tapi nak buat macamana, kan? satu susuk yang berpenyakit dan mereput boleh saja menyangka dan menganggap dirinya sihat, cerdas dan gagah walaupun seluduh dunia menyoraknya sebagai sakit dan reput. maka, jadilah lidah itu lebih panjang dan pantas daripada akal.

lebih parah, lidah itu bergerak dan bercakap dengan menganggap akal orang lain sama beku dan tumpul sepertinya.

ketika seorang bakal piem bercakap dan mengutuk amalan ugut-mengugut, dia dan juak2-nya lupa bahawa tak ada peliknya budaya itu berlaku kepada mereka. sebabnya - ugutan menjadi sesuatu yang sangat lumrah kepada politik negara ini.

memomokkan pengundi supaya tidak memilih pembangkang, misalnya.


atau memaksa orang awam mengenang budi dengan segala pembangunan (jika ia dianggap pembangunan), misalnya.


atau jangan memperjudikan masa depan (dan membiarkan aktiviti berjudi berlesen?).

1 comment:

jebatsari said...

tulisan ini tipu!!! mana ada bakal piem menggugut-ugut, memomok-momok atau memaksa-maksa? khabarnya (yang saya baca dalam beberapa blog lain), kalau ada masalah dia terus guna si-empat