Saturday, October 25, 2008

mau dan malu2


disampaikan oleh angin satu perkhabaran bahawa seorang ibu begitu berahi sekarang. hatinya berdegap-degup seperti - meminjam kata kumpulan dewa - genderang mau perang.
meleleh air liur dia, beb....

masakan tidak. di depan mata ada hidangan menggoda jiwa dan raga. semua orang dah seru: "go for it!" berkali-kali. jalan terbentang, pintu dah terbuka. dayung di tangan, sampai di air. cuma tinggal nak kayuh je.
tapi seorang ibu yang makin berahi ini masih kecut perut. dia masih berkira2 sama ada mahu mendayung membelah badai bergelora atau sekadar bermain di gigi air.
masalahnya, ghairah si seorang ibu itu dihalang pula seorang nenek yang juga nampaknya belum mahu mengalah. dia biasa menangis demi cita2-nya. dia biasa terpelecok di pentas demi berahinya. walaupun dia tidak diketepikan daripada jadi rebutan bulan mac lalu, nampaknya aura si nenek semakin pudar. tak lagi ummph dan mengancam.

maka, sorak sedara-mara, seorang ibu itulah yang mesti berani menentang gelombang dan berkayuh sehingga sampai ke pantai sebelah sana.

masalahnya (lagi), seorang ibu itu masih terluka. dia baru baru kalah dengan seorang isteri muda tanpa disangka-sangkanya. luka kira2 tujuh bulan lalu masih berdarah walaupun dia bersemanyam jadi penasihat perdana....

"saya nak tunggu 'q' daripada kak pidah," katanya.

No comments: