Monday, October 13, 2008

penasihat

kata orang, di sebalik kejayaan seorang lelaki adalah seorang wanita. tapi sebenarnya, di sebalik tubuh seorang pemimpin adalah kerabat penasihatnya.

secara peribadi, saya rasa pak lah tak lah teruk sangat kalau kerabat penasihatnya lebih cerdik dan sedar diri. juga orang sekelilingnya yang lebih berhati2, bersederhana dan kepanjangan akalnya digunakan untuk tujuan lebih berfaedah.

bukan selama ni depa buat tak berfaedah. banyak faedah, tapi cuma untuk orang dekat pinggang masing2.

orang terbanyak/rakyat majoriti hanya hidu habuk.

dan tentang orang keliling pinggang dan kerabat penasihatnya, bukan la untuk pak lah saja. atau menteri saja. atau presiden umno saja. semua orang la. macam dalam pas pun, penasihat banyak main peranan.

efektif tidaknya seorang pemimpin juga dipengaruhi penasihat. kalau penasihat tak betul, atau berasa sentiasa betul, yang jadi mangsa adalah pemimpin.

seorang pemimpin harus cergas, lincah, aktif, proaktif. juga peka, pantas dan sebagainya. kalau selalu tunggu dan lihat, kita tertinggal beb.....

penasihat itu termasuklah segala setiausaha2 yang ada.

kalau setiausaha politik ke, akhbar ke, sulit ke, apa2 ke yang bertugas tak betul/efektif - itu bukan penasihat.

itu punahsihat!

(barangkali ini adalah antara contoh baik bagaimana seseorang dan sebuah pertubuhan mendapat nasihat salah daripada penasihatnya. ia cerita lawak, memang. tapi bukan lawak kepada orang yang masih degil tegar dan tak faham maksud demokrasi serta kedudukan sebenar akhbar)

No comments: