Wednesday, October 22, 2008

tolak (elak) bala


tak ada apa yang menarik jika ada seseorang memutuskan untuk tidak mahu lagi menetap di negara ini. tak ada apa yang menarik juga apabila dia sibuk memikir2 dan mencari2 negara lain untuk didiami.

tapi apabila dia tidak mahu lagi menetap di negara ini kerana faktor pemimpin (dan bakal pemimpin) tidak lama lagi - pada saya - ia perlu direnung2-kan.

christina adalah anak perempuan jutawan sarawak. dia pernah menetap di hongkong beberapa tahun dulu sebelum kembali ke malaysia (dan menetap di kuala lumpur) baru-baru ini. kali terakhir saya ketahui, dia giat berniaga mengimport barangan kesihatan.

tak banyak sangat yang saya ketahui tentang christina, kecuali dia lahir dari kalangan orang cina kaya di sarawak.

malam tadi, saya diberitahu christina akan berhijrah ke negara lain.

"macam mana saya boleh tinggal di negara ini jika ketuanya tak tahu menghormati undang2?" katanya.

itu christina yang kata. bukan saya. dan saya tak sebut nama siapa2 pun.

dengan andaian keadaan pentadbiran negara ini akan kekal seperti sekarang (atau lebih teruk lagi), sekurang2-nya christina dapat membebaskan diri daripada sebarang bala yang mungkin ada.

masalahnya, dia anak jutawan. mudahlah. tak ada masalah nak hidup di mana2 pun. kita, macam mana ya?

1 comment:

jebatsari said...

masuk umno ler... senang skit nak jadi jutawan pada kadar mee segera.