Sunday, October 5, 2008

sajak raya tanpa melankolik, apologi atau kata2 syahdu

ah, suka
atau tidak
kamu tidak boleh
marah2 lagi jika:
ada anak diragut bapanya
ada isteri dijandakan
palang2 penjara
ada suami kempunan
mendakap zuriatnya
ada bapa mengalir air mata
melihat anaknya mengidam
gula2 10 sen dua
ada warung bangkrap
disergah along
ada negara
separuh lumpuh

kerana pada 1 syawal lalu
dengan berbaju baru
penguasa-penguasa itu
baru saja meminta maaf
atas segala salah
dan khilaf
juga dosa
zahir batinnya

khalas!

1 comment:

Diamilikku said...

suka sangat sajak nih