Monday, October 27, 2008

tapis berita

"jahat sungguh wartawan ni," kata awang.

awang adalah jiran yang diam tapi mesra. dia datang berziarah kerana saya menjemput dua tiga orang kenalan datang ke rumah. semalam.

awang orang limbang, sarawak. dia marah sebab berita harian - katanya - putar belit cerita sidang dewan undangan negeri kelantan dengan menggunakan nama sultan.

"memang ada dasar akhbar ke kena buat macam tu?" kata awang lagi.

saya tak menjawab banyak sangat. nak melayan kawan2 yang datang pun agak sibuk. cuma saya cakap dalam hati:


wartawan yang dah lama kerja selalunya tahu apa kehendak pengarang. apa sudut (angle) yang perlu ada untuk membolehkan berita disiarkan. agak tak cerdik bagi wartawan menulis sesuatu dengan tujuan supaya tidak disiarkan (lebih kurang macam orang yang nak berlawan/bergaduh tapi tak mau menang). jadi tulislah berita yang pengarang mahu.

untuk berlaku adil, pengarang juga tahu apa yang ketua perangan mahu dalam akhbar mereka. agak tak cerdik juga kalau pengarang meluluskan berita yang tak berkenan di hati ketua pengarang.

dan ketua pengarang pun boleh tahu dan mengagak apa yang disenangi orang atasan. tentulah tak bijak sangat kalau ketua pengarang membenarkan akhbarnya menyiarkan berita yang tak disukai orang atasan.

"memang ada polisi macam tu ke?" tanya awang.

"kadang2 ada yang ada, ada yang tak ada. main agak2. sudahnya, berita yang ditulis adalah seperti fiksyen - mengikut kesukaan wartawan, pengarang dan ketua pengarang. polisi yang jelas diguna pakai adalah: self censorship," jawab saya.

"kalau tak buat macam tu?" ternyata awang suka bertanya banyak.

"boleh hilang kerja, beb..."

"wartawan tu?"

"tak. bukan wartawan saja. ketua pengarang pun...."

"maknanya, press kena bijak meneka air yang tenang dengan gelombang, ya?"

"betul. kebanyakannya kena lincah jadi peramal cuaca. ke mana nak dihalakan pen kalau angin berubah tiupannya..."

1 comment:

rimanilzah said...

aku insaf bila baca entri ini. wartawan dg cikgu sama saja. cikgu mengajar ikut polisi juga. bukan ikut suka hati.