Tuesday, October 21, 2008

tentang shamsiah fakeh


saya agak terkilan kerana gagal berbuat apa2 untuk sedikit bercerita tentang shamsiah fakeh, semalam.

sebaik tahu mengenai wanita hebat itu
meninggal melalui blog tukar tiub, saya baru tahu pula bahawa media
perdana di bangsar belum tahu mengenainya. bukan terlalu pelik, sebenarnya. dan saya tidak juga terkejut
jika ada penghuni di 'kilang kertas' itu tak tahu siapa shamsiah fakeh.

saya dan rakan pernah cuba mengusulkan supaya cerita shamsiah ini diterbitkan dalam akhbar. dan - seperti dijangka - ia ditolak mentah2.

mendengar nama shamsiah mungkin tidak memberi kesan apa2, tapi reaksi orang2 berkuasa mendengar "dia adalah bekas anggota parti komunis" adalah seperti melihat wajah seseorang dikunjungi malaikat maut ketika sedang berjudi.

dikhabarkan, shamsiah pernah teringin berjumpa dengan anggota polis wanita yang menangkapnya ketika aktif sebagai anggota pkm dulu. khabarnya polis wanita itu masih hidup ketika seorang rakan cuba mempertemukan mereka. jika jadi kenyataan, ia adalah laporan eksklusif yang sangat memuaskan hati.

tapi itulah, mereka seperti dikunjungi malaikat maut ketika sedang berjudi.

saya sempat menonton berita rtm dan bernama tv semalam. ada juga - rupanya - dimuatkan tentang kematian shamsiah.

cuma, nama shamsiah lebih dikaitkan dengan pkm. mengapa tidak diuar-uarkan dengan angkatan waita sedar (awas) yang menjadikan beliau sebagai ketuanya? juga peranan pertubuhan kebangsaan melayu malaya (pkmm)?

sama ada semakin ramai tak tahu tentang awas dan pkmm, atau sengaja menyembunyikan fakta bahawa kedua-dua pertubuhan itulah yang lebih gigih dan tulin memperjuangkan kemerdekaan?malah, lebih cerdik dan berani berbanding pihak yang megah dengan slogan hidup melayu.

bahawa sejarah ditulis oleh pihak yang menang menjadikan pejuang sebenar selalu tenggelam dalam riuh pikuk penyemak dan oportunis.
memetik kata2 rakan saya, begitulah "resam pejuang tulen... senjatanya di depan, namanya terkebelakang". mudah2-an rohnya dirahmati Allah. amin.

No comments: