Monday, October 20, 2008

terlampau dan melampau


sepanjang bercuti, kemampuan saya untuk menerobos internet sangat terbatas. maka, saya terkejut juga apabila dapat tahu chua soi lek dipilih menjadi timbalan presiden mca.

tiada yang lebih popular untuk mengingat soi lek kecuali aksi terlampaunya yang ditonton entah berapa ramai manusia sehingga kini. walaupun keberanian dan sikap gentleman dia boleh dipuji, kelakuan itu tetaplah tak boleh diterima.

maka saya teringat pula kepada seorang lagi watak terlampau dalam politik perkauman
negara ini. vijandran. saya tak ingat apa kedudukan terakhirnya ketika aksi terlampau itu terbongkar. mungkin naib presiden mic.

maka malam kelmarin, seorang rakan bercerita tentang calon naib presiden umno yang kini giat mengumpul pencalonan. khabarnya, sambutan untuk si polan tu belum cukup untuk benar2 memberi saingan dalam pemilihan mac nanti.

adalah pula mencadangkan kepada dia - jadilah pelakon dan ahli politik terlampau. berdasarkan sifir politik negara ini, sesiapa yang ada rekod terlampau dan melampau memang boleh pergi jauh dan tinggi.

tak percaya? fikir2-kanlah. tapi jangan la tanya najib. sensitif!

2 comments:

jebatsari said...

cam budaya ofis kita lakkk... hahhahaa

zahar said...

jawatan akhir vijandran ketika aksi terlampau terbongkar adalah sebagai timbalan speaker dewan rakyat (siap songkok lagi tau)....

ada apa-apa cadangan potfolio untuk soi lek jika diangkat semula sebagai menteri kabinet?