Tuesday, November 25, 2008

ada apa dengan pas selangor?

selepas 8 mac lalu, saya beberapa kali meyakinkan diri bahawa saya melalui sebuah negeri yang baru setiap kali berulang-alik dari rumah ke tempat kerja. jika pulang ke kampung - pedulilah sama ada di perak atau pulau pinang - saya juga seakan2 tidak percaya bahawa bumi yang dilalui itu adalah bumi yang baru selepas lebih 50 tahun diliputi era gelita.

saya juga tidak kesah jika perasan dan bangga sendiri2 jika berpusing2 di sekitar shah alam.

melihat bangunan SUK yang tersergam dan pernah hampir setiap minggu terpaksa saya kunjungi ketika bertugas di shah alam dulu, saya seronok. dan bangga. hingga kini, saya masih terkenang bilik sidang media yang agak sempit, pentas tempat mb bercakap dan bersilat dengan kata2 licik serta kawan2 di pejabat itu.

dan bangga bersarang lagi ketika mengenangkan orang yang menjawab pertanyaan media itu bukan lagi dato' sri dr mohamad khir toyo, sebaliknya tan sri khalid ibrahim. ya - sebuah selangor yang indah dan baru. pedulilah jika saya kini bekerja di kuala lumpur. rumah saya masih di selangor.

bukanlah saya seorang yang perasan macam ni, rasanya. sebagai seorang kuli yang jenuh dan letih melihat politik perkauman, sesuatu yang segar menyelinap ketika selangor baru yang indah itu lahir. semakin memahami (dan mengagumi) politik lihai dap dan mengagumi kemampuan pkr, pas bagi saya adalah parti yang paling kukuh, berpengalaman dan matang dalam sektor siasah negara.

pergerakan berlandaskan islam menjadikan pas benar2 satu harapan yang tinggi dan meyakinkan.

jadi, apabila ada tindakan dilihat seperti mencantas (er, adakah ia amalan yang menular daripada pengaruh parti perkauman yang memerintah?) berlaku, ia adalah satu kekecewaan yang sangat besar. tambahan pula cantasan itu berlaku pada waktu dan sebab yang sangat boleh difahami.

tindakan pas selangor mengetepikan yb khalid samad dan saari sungib sebenarnya sangat berisiko memancarkan isyarat salah kepada pengundi. pedulilah sama ada pengundi itu ahli pas, dap, pkr atau apa saja. atau tak berparti sama sekali.

mungkin boleh difahami jika yang bergelut itu adalah pkr. sebagai parti pelbagai kaum, muda secara relatifnya dan kerencaman anggota (dan tokohnya), bukanlah menghairankan sangat jika pkr yang bercakar di sana sini.

tapi, pas?

dan individu yang menjadi pilihan juga memungkinkan lebih banyak pertanyaan daripada jawapan. saya tak mengenali sangat Dr Che Rosli Che Mat. juga roslan sms. cuma, saya tahu roslan sms adalah press sec ust hadi yang kurang dikenali (atau dimesrai) media perdana.

(ok la, tak perlu bermesra dengan media perdana sebab semua staffnya jahat2 belaka. ye la tuh!)

tapi, roslan yang saya pernah nampak gambarnya memakai baju/jaket terpampang di dadanya bertulis (lebih kurang. saya tak berapa ingat sebab dah lama) s/u akhbar presiden pas adalah pemilihan yang mencurigakan.

(memanglah tak salah tulis jawatan kat jaket dan bergambar. tak salah dan tak ada polis nak tangkap. tapi perbuatan tu tak kena. kelakar. tak ramai press sec yang tersua2 meminta dikenali, selain dia memperkenalkan diri dan bermesra dengan wartawan secara spontan).

adakah tidak mungkin dr hassan ali dipaksa menjadi kambing hitam? saya tidak menuduh, tapi bertanya. jika memang dr hassan ali tidak senang dengan khalid dan saari, ia adalah malang. tapi jika dr hassan ali jadi alat kepada tangan2 ghaib lain, ia adalah malang yang lebih malang. double malang.

apa pun, mudah2-an pas tetap menjadi pilihan rakyat yang diyakini dan tersendiri. diyakini kerana bermaruah dan tersendiri kerana berperang kepada aspek islam yang tidak melihat kaum, warna kulit atau budaya, kecuali ketaqwaan.

saya terjumpa link ini dan kenangan mengenai zaman susah dan senang ('susah' nak cari makan dan 'senang' nak kena belasah) kembali mengusik jiwa.

2 comments:

tintasukma said...

oh .. tinta yakin sama PAS dan pasni insyaallah tetap yakin, selagi ia masih mendukung perjuangan seperti sekarang. moga2 segalanya jadi kuat.
:)

Seladang said...

Kemelut kecil ini diperhati oleh Khir Toyo dengan tangan mula nak menepok tanda kejayaannya mula nak tercapai kembali menguasai Selangor!

Tapi ingat. Kemelut politik bukan macam kemelut rumah tangga. Ada cerai ada talak ada tuntutan nafkah. Kemelut politik muncul dan diselesaikan oleh para pemimpin demi mereka yang dipimpin!