Wednesday, November 19, 2008

ais

apa salahnya kalau kita mengambil ais, kan? tapi macam mana kalau mengambil ice?

dibisikkan angin yang bertiup bahawa ada 'orang besar' sekarang asyik mengambil ice atas alasan kononnya mahu menguruskan badan. saya bukanlah orang yang mempunyai pengetahuan banyak dalam bidang ini. masa di sekolah dulu, sains paduan pun sekadar cukup makan. jadi saya tak tau banyak tentang ice atau kesan dibawanya. tapi khabarnya, kesan dadah tu sangat kronik.

daripada berita2 dibawa angin itu, orang berkenaan mengambil ice agak dah lama. jenuh kawan2 yang tahu beri nasihat, tapi tak makan. dia lebih suka makan ice.

harap2 khabar dibawa angin ini tak betul, tak tepat dan tak wujud langsung. teruk sungguh la kalau ada orang macam tu tunjuk teladan yang sangat tak baik kepada orang lain.

macam saya kata - semakin tinggi kedudukan seseorang, semakin berat dan besar bebanannya. kalau dah kemaruk ice, orang bawahannya macam mana?

tapi itulah, saya harap sangat khabar ni tak betul langsung.

No comments: