Saturday, November 15, 2008

alahai ada artis barukah?


saya kurang senang apabila ada rakan menuduh sesetengah ulama' malaya ni sebenarnya juga seorang selebriti. bagi saya, ulama' adalah ulama'; dan menjadi ulama' atas kapasiti ilmunya. tapi beberapa perkembangan mutakhir menyebabkan saya semakin hampir bersetuju dengan rakan saya tu.

ulama' sebagai ulama' memikul tugas sangat besar, sehinggakan kesilapan kecil atau perbuatan makruh - misalnya - perlu dijauhi seperti menjauhi dosa besar. saya teringat pesan guru saya dulu: seorang imam yang meninggalkan solat sunat boleh dikeji berbanding orang biasa yang tidak mendirikan solat sunat. kira2 begitulah kata guru saya tu.

tapi bila ulama' nak terbitkan album? isyk! hebat!

saya terkenang kira-kira akhir 1990-an atau awal 2000 dulu, saya terpesona kefasihan seorang khatib berkhutbah di masjid batu, permatang pauh. masjid batu ni kira hebatla dengan aktiviti pembangkang ketika zaman umno berkuasa dulu. tiba2 hari ni saya dengar berita (dan baca berita), dia nak rakam album. baca berita bernama ini:



KANGAR 14 Nov (Bernama) — Puisi-puisi kemanusiaan, politik dan keagamaan nukilan Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin akan dialbumkan sebagai lagu sebagai salah satu cabang dakwahnya.


Mufti berusia 37 tahun itu berkata, album itu akan memuatkan lapan lagu puisi yang akan dinyanyikan oleh kumpulan Kopratasa dan penyanyi Aishah akan diterbitkan sebuah syarikat rakaman. Mohd Asri yang ditemui di sini hari ini berkata bahawa beliau juga akan menyumbangkan suaranya dalam album itu tetapi sebagai pendeklamasi bagi dua buah puisinya.


"Ini merupakan sebahagian kerja dakwah saya selepas tidak lagi bergelar Mufti Perlis kerana semua puisi yang saya tulis mempunyai nilai moral termasuk menyentuh isu semasa, politik, kemanusiaan dan disiplin," kata peminat penulisan puisi itu.


Mohd Asi berkata antara lagu yang dijangka popular dalam album itu
bertajuk "Aku bukan musuh harta."


Menurutnya, album itu akan dilancarkan di Kuala Lumpur pada 25 Nov ini tetapi tidak menyatakan siapa yang bakal melancarkannya. Mufti Perlis itu juga pernah beberapa kali diundang untuk mendeklamasi puisi bertemakan didaktisme (pengajaran) anjuran Persatuan Penulis Kuala Lumpur (KALAM) di Ruang Legar Balai Budaya Tun Syed Nasir, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Kuala Lumpur.


mungkinkah menerbitkan album ini adalah satu daripada tawaran menarik diterima mufti itu selepas tidak lagi menjadi mufti perlis?


Sehubungan itu, kerajaan negeri akan mengembalikan Mohd Asri kepada USM
akhir bulan ini. Beliau berkata, mulai Disember ini
beliau akan bertolak ke United Kingdom untuk melanjutkan pengajiannya sebelum menerima pelbagai tawaran menarik. (mstar 14 nov 2008)


ternyata garis memisahkan ulama' dan selebriti semakin menipis...

No comments: