Thursday, November 6, 2008

bersedialah untuk kecewa


kepada anda yang terasa semacam dan seronok dengan kemenangan obama, bersedialah untuk menyesal, menghantuk2-kan kepala ke dinding atau menyorokkan muka ke dalam saku tidak lama lagi. selain daripada berasa malu kepada kawan2, anda juga mesti lebih malu kepada diri sendiri kerana percaya obama akan membawa amerika yang baru dan lebih mesra dunia.

bayangkan - misalnya - anda yang bermuka hodoh, pada kedana, tak punya wajah seperti norman hakim atau sesiapa yang anda rasakan hensem, tiba2 digilai seorang gadis suci-muci yang bersedia anda nikahi pada bila2 masa saja. jika anda melamarnya, sebelum sempat anda menghabiskan ayat "sudikah kamu mengahwini aku?" dia sudah bersimpuh di kaki dan merayu supaya dinikahi.

tiba2, ketika anda mahu menikmati wajah ayunya, pandangan anda terheni di leher jinjangnya. ada halkum di situ.

kira2 obama adalah halkum itu.

amerika hari ini adalah sebuah negara korup yang amat rapuh dimakan anai2 buatan sendirinya. selain menjadi tanah yang subur dengan sumpah seranah umat dunia, penduduknya sendiri semakin meragui relevan atau tidaknya semua kebijakan (kalau boleh dikatakan bijak) diambil rumah putih.

kalangan pelobi dan yahudi menyedari keadaan ini. ia adalah berbahaya, sama ada dari aspek politik atau ekonomi. kegagalan ekonomi dan pengaruh politik amerika hanya akan mengorbankan kumpulan minoriti tetapi sangat berkuasa itu.
justeru, sesuatu perlu dilakukan segera bagi menggerakkan pemikiran masyarakat dunia untuk terus yakin bahawa masih ada harapan pada amerika.

obama dan juak2-nya adalah produk yang dilahirkan daripada ramuan pelobi yahudi itu.
kebencian mungkin akan muncul juga pada akhirnya. mungkin tidak terlalu lama selepas hari ini. tetapi ia tidaklah begitu penting kerana produk 'kulit hitam pertama' itu berjaya dinobatkan sebagai 'harapan' dan 'pembaharuan' kepada dunia. sesiapa yang belajar sejarah dan memahami sepak terajang politik amerika akan tahu bagaimana plot kejayaan obama ini akan berkembang.
dan sambil2 merenung harapan baru dibawa obama, jangan lupa pula dengan harapan baru dibawa altantuya obama malaya tidak lama lagi. bagi ahli2 parlimen pakatan rakyat yang menang ala kadar di kerusi masing2 pada 8 mac lalu - sibuk2kanlah diri anda untuk disukai pengundi. jika tidak, anda juga akan menghantuk2 kepala seperti orang yang melihat halkum pada leher jinjang anak dara suci-muci tadi.

2 comments:

rimanilzah said...

te-lah saya berharap dahulu. bersedih-lah saya kemudiannya. tiada-lah saya harap apa-apa lagi selepas ini.

Diamilikku said...

obama telah mula membuka pekung di dada sedikit demi sedikit kan?? pastinya tak akan mengubah AS menjadi sesuatu yg baru...kenapalah org suka sangat mengharap yang bukan2?