Friday, November 28, 2008

bila bercakap pun malu2


kira2 dua minggu dulu, saya menghadiri majlis ceramah di saujana utama, sungai buloh. seronok benar nampaknya orang yang tak berapa ramai tu menghayati hujah2 ust ridzuan mohd nor, yb khalid samad dan yb dr dzulkifli ahmad.

hujan gerimis sekejap2 tak meredakan keseronokan mendengar ceramah daripada wakil2 kerajaan.

antara yang saya ingat adalah kata2 spontan dan bersahaja khalid mengenai kegawatan politik masa kini. katanya, malaysia ini terlalu banyak isu yang berlaku akibat salah urus dan tadbir parti umno/bn.

"sampai kita pun tak tau nak ulas yang mana satu," katanya (lebih kurang).

penonton pun tersenyum atau ketawa. seronok.

tapi saya semakin takut. 'semakin banyak isu dan tak tau nak ulas yang mana satu!'? sedangkan semasa tak berapa banyak isu pun pas malu2 nak ulas, inikan isu yang berlambak2 seperti sekarang.

menjadikan ulasan pantas (dan pintar) sebagai amalan bagi pas kini nampak macam tindakan yang sangat eksklusif. hanya dalam kes2 tententu barulah pemimpin2 pas (yang lebih tinggi daripada ajk pusat, maksud saya) membuka mulut. sebebihnya, diam dan nampak macam nak tunjuk 'diam2 ubi' yang berisi.

ha ha ha ha ha ....

lepas tu, merungut diketepikan la. kecil hati la. orang tak hormat la. parti rakan tak sokong la.

ha ha ha ha ha lagi.

"orang tak tanya kami," mungkin itu agaknya hujah yang boleh disandarkan untuk menjawab isu ini.

aik? apa gunanya harakahdaily tu? apa gunanya blog tu? apa gunanya setiausaha2 tu?


saya teringat arwah ahmad nisfu dalam filem seniman bujang lapok: "cccaaa....kaaaap! ccaaa....kaaap! ccaaaa...kkkkaaapp!!!!"

No comments: