Monday, November 24, 2008

sajak bogel membogel

ketahui olehmu bahawa
tiadalah apa2 yang boleh diharapkan
daripada orang yang mengugut
untuk berbogel itu
kecuali kata2 dan bising2
mencari perhatian
dan sokongan yang semakin hilang

ketahui olehmu bahawa
tiadalah apa2 yang boleh dibanggakan
daripada orang yang mengugut
untuk berbogel itu kecuali
tebalnya karat jahil pada tamadun
semasa dunia melekat di ubun2-nya

ketahui olehmu bahawa
tiadalah apa2 yang boleh dijangkakan
daripada orang yang mengugut
untuk berbogel kecuali acah2
untuk test market dan menunggu
peluang ditemu ramah
akhbar atau tivi

ketahui olehmu bahawa
tiadalah apa2 yang boleh dikatakan
terhadap orang yang mengugut
untuk berbogel itu selain simpati
kepada ibu bapa mereka yang gagal mengajar,
atau tebalnya kuali bergantung
pada cuping telinga mereka
sehingga apa pun diajar,
masih kurang ajar

ketahui olehmu bahawa
tiadalah apa2 yang boleh diherankan
daripada orang yang mengugut
untuk berbogel itu
kerana sejak sekian lama
mereka dipukau oleh sihir
keris yang memang berbogel

2 comments:

Anonymous said...

Tahniah. Satu sajak yang mungkin terkena batang hidung ramai orang.

jebatsari said...

ko pasti ker keris bogel? tak pakai kondom? kekekke