Saturday, November 1, 2008

Ipomoea aquatica


kadang2 saya rasa isham rais itu melampau. sangat2 melampau. ada ke patut senang2 dan membuta tuli saja dia melabel orang itu ini sebagai kangkong (atau kang kong).


balik2 dia mengutuk sintok. balik2 dia mengutuk sintok. pandai sangat ke isham rais tu. setahu saya, dia tak habis belajar pun di um dulu. cabut lintang-pukang ntah ke mana2. tiba2 dia nak tunjuk 'ek' macam terer sangat. macam bagus. nak berlagak dan memperlekeh sarjana2 malaya, cendekiawan sintok.


kang kong, kang kong, kang kong.

dia tak tau ke sarjana2 sintok tu hebat2 belaka. macam2 penemuan dicipta. kepala kreatif tak tau nak kata. ada master dan phd ramainya. hebat2 belaka.


itu yang isham rais kata kang kong?

berapa ramai cendekiawan malaya - terutama dari sintok - yang berjaya dan menjadi orang hebat2 belaka. tu, tan sri nordin kardi. tu, prof dato' dr tu. dato' tu. hebat2 belaka semuanya. tak percaya, buat carian di google. mereka sangat petah dan hebat ilmunya kalau membincangkan masa depan bangsa. hikmatnya ameno. gemilangnya pak lah atau najib. keramatnya kerajaan.

semua mereka hebat.

lagi, ada ramai cendekiawan2 sintok yang hebat2 belaka. kalau buah tangan tak hebat pun, nama diorang tetap hebat. cendekiawan. cakap betul2: cen-de-kia-wan. ingat tu.


pedulilah kalau buah fikiran mereka tak berapa menjadi. mereka ada master, ada phd. hebat tu!

No comments: