Saturday, November 15, 2008

kat jat kaler merah

dalam politik, peranan penasihat sangat penting. bukan nak kata seseorang pemimpin tu tak cukup cerdik. kadang2 dah cerdik, tapi terlupa atau terlalai. kalau tak kena gaya, padahlah jadinya. kalau dah huru-hara tapi penasihat haru-biru, padah tu jadi punah.


rasanya, mb perak agak terbabas ketika berurusan dengan jurugambar utusan tu. memanglah pakatan rakyat boikot utusan, tapi kadang2 cara menangani isu boleh dimanipulasi. proses damage control kena tepat. dan press sec dato' seri nizar kena lincah (eh, bro anuar, tak sangka tuan kerja di perak la ni. ingatkan masih memantau bumiputera di penang heh heh heh).


peranan penasihat juga boleh membantu menaikkan reputasi. ni kerja pr kata orang sekarang.



macam mamu azeez rempit yang sibuk ke lombok. rasanya, memang la dia nak tolong bawak balik anak perempuan orang malaysia. tapi pada masa sama, dia pasang umpan untuk kempen jawatan dalam mkt umno. macam la orang tak tau....!


(kelmarin - khamis - ada sepasang laki bini minta press cover diorang ambil result upsr anak kat sekolah. siap bagi tau anak depa dapat 5A. yang betulnya, mak pak budak tu nak bertanding rebut kerusi pemuda dengan puteri...macam la orang tak tau....!)


jadi, hati2 la ustazah ooiii.... jangan sampai dimanipulasi kak jat kaler merah tu. dia pun sesak nafas fikir kerusi dia. jangan jadi alat bantu kempen kak jat baju merah dah la...


1 comment:

jebatsari said...

kat jat jadi liverpool fan kottt, maklumlah prestasi MU dan Arsenal macam yoyo... kah kah kah