Wednesday, November 12, 2008

kesian kak jat




ngapa masam je muka tu kak jat? oh, dalam dilema ya.... sabarlah.


kesian kat jat. hatinya bergelora nak duduk kerusi lebih empuk, tapi tuan punya kerusi tu belum cukup puas setakat ni. dia minta talian hayat hingga jun tahun depan. masalahnya, kat jat dah menggedik tak sudah2 dan tak tertahan. kat jat mau dalam malu.


dia dalam dilema. kalau terus tunggu di kerusi nombor dua, ada orang nak langgar dia. penyokongnya pun - kata angin yang membawa khabar - tak berapa sudi bagi undi kepadanya kalau dia terus di nombor dua. silap2 hari bulan, melayang tudung dan ramos kat jat.


sebab tu kak jat bagi hint kat bos dia. masalahnya, kat jat berani bagi hint guna statement/press release je. bila duduk berdepan (atau bersebelahan) lidah kak jat jadi kelu dan tengkok kat jat jadi lembik.


masalah lagi - kalau kat jat langgar nombor satu, belum tentu kak jat jadi pilihan. bos dia bukan sembarangan orang. silap2 gaya, bukan tudung kat jat je yang terbang. dengan kain merah kak jat pun hanyut!


kesian kat jat. kalau nak tau betapa besarnya dilema kak jat, bacalah bahasa badan kak jat masa press conference kak jat dengan bos dia kelmarin. bukan kak jat je yang muka tak gumbira. muka yang lain pun berkerut juga. tu belum masuk bab orang lain kacau daun nak test market.


kesian kak jat. (takkan nak tunggu januari depan baru nak bukak silat, kak jat...!)

2 comments:

jebatsari said...

kak jat bukak silat selepas baca blog aj kotttt

Diamilikku said...

kak jat kan kalah di tangan izzah..
buat apa sibuk2 lagi nak bertanding kerusi no 1...pi duk umah diam2...beramal ibadat banyak2 sikit..tutup remos tu ka...