Friday, November 21, 2008

marah pah pidah


kemaskini: nampaknya pah pidah nekad mempertahankan maruah (dan jawatan) apabila kak jat kaler merah memutuskan untuk mencabarnya. malaysiakini melaporkan:

Bahkan Datuk Seri Shahrizat (Jalil) sendiri, sama ada antara empat mata, dalam exco, dan dalam sidang media, telah berkali-kali menegaskan:

a) bahawa beliau tidak akan bertanding jawatan ketua walaupun dicalonkan,

b) beliau patuh kepada pelan peralihan,

c) beliau patuh kepada nasihat pemimpin-pemimpin besar parti,

d) bahkan beliau telah menyatakan bahawa 'kata akan dikota' dan 'my word is my honour.' (semuanya telah disiar dalam media)," katanya. (malaysiakini, 21 nov 2008)

kenyataan itu dibuat pah pidah melalui sebaran media bertulis tangan setebal 10 muka surat. hah? se-pu-luh mu-ka-su-rat!?

posting asal: khabarnya pah pidah sangat marah sehari dua ni. sangat2 marah. kalau dalam cerita kartun, tentu muka pah pidah merah membara. dalam usia pah pidah yang nampak memang macam dah nak pi dah, dia boleh dipuji kerana mempunyai semangat juang yang tinggi.

masakan tidak. bila kat jat kaler merah bagi press statement nak lawan, pah pidak dilaporkan bersedia bertarung dalam gelanggang. dia marah2. dijangka pah pidah akan fuck, er... maksud
saya - faks, ya - fakskan press statement sendiri ke pejabat2 media hari ini. ulang: hari ini.

dan untuk membuktikan marahnya pah pidah, press statement itu tidak disiapkan seperti selalu orang lain buat. pah pidah nak buat macam draf speech dia - bertulis tangan.

"tan sri, tak nak re-type ke statement ni?" tanya seorang pembantu.

"TAK-PAYAH!!!" katanya dalam bauran rasa marah dan protes.

wah, hangin sungguh pah pidah bila disuruh pi.


No comments: