Saturday, November 22, 2008

musim tarik2 rambut dah tiba


maka, rasmilah genderang perang pun dipalu. makcik2 bertudung merah (bagi yang bertudung) atau berkain merah (bagi yang berkain) atau berkaler merah akan mula sibuk mengatur strategi mulai sekarang. bukan senang nak berperang la ni. zaman moden dan canggih, strategi juga mesti canggih.

nasihat, nasihat juga. tapi tarik rambut, tarik rambut juga. lawan tetap lawan. bukan kecik punya barang, beb... ketua wanita tu sama macam lubuk emas. jadi menteri dah hampir tentu. masyuk - lagi hampir tentu.

secara peribadi, saya tak kesah pun siapa nak terselak kain, siapa nak tersungkur. kalau macam pah pidah dengan kat jat kaler merah tu tarafnya dua kali lima saja. lagi pun, apa nak jadi pada parti tu saya tak ambil pot pun.

sebab tu saya rasa, seeloknya pah pidah biar dimenangkan. kalau dia kalah, payah juga. bukan masalah pah pidah tak boleh terima kekalahan. dulu masa dia kalah dengan zaharah pun kalut. tapi dia bangkit balik.

isunya, pilihan raya akan diadakan paling lewat 2013. ikutkan angka, memang la lama lagi. tapi pejam celik, pejam celik, sampai la 2013 tu. kalau kak jat kaler merah menang, sama la macam umno dapat najib ganti pak lah.

kecuali orang2 hebat PR nak terus enjoy dengan berperang dengan umno dengan harapan tipis dan sukar untuk menang (atau bertanding untuk kalah, kata yb khalid samad), kak jat kaler merah seeloknya dibiarkan kempunan dalam pusingan kali ni.

soal macam mana nak buat benda ni jadi kenyataan, kena fikir sama2 la. orang pas, pkr dan dap bukan calang2. takkan benda ni pun nak malu2 juga?

3 comments:

Anonymous said...

hahahaha .. biarlaa diorang saling menyelak kain. Takkan geng jantan je ugut berbogel? =)) apapun, baik kak jat atau pah pidah, dua2 tak layak. Tak kisah pun. Eiii .. dok KW tu .. masyukkkkkk banyakkkk tuuuuu

tintasukma

tintasukma said...

hahahaha ... dua dua tak beshhhhh
biarlah depa nak bergomol, nak terlondeh ke, nak terselak ke, diorang ni takde malu daaaa .. takkan geng jantan je boleh ugut bogel? ;))

tintasukma

maiyang said...

pekembar punya wanita...macam berkemban. opss!