Monday, November 17, 2008

orang tua mengigau

sesuatu kebiasaan selalu menyebabkan kita terbawa2 atau terbuat2 perbuatan yang biasa dilakukan. terbiasa menjolok lubang hidung ketika menonton tivi - misalnya - menyebabkan kita menjolok lubang hidung itu walaupun ketika menonton tivi di rumah orang lain.

sama juga dengan kebiasaan duduk di kerusi empuk dan disepit pula meja super besar dalam bilik super besar menyebabkan seseorang itu rimas dan berasa seperti dalam liang lahad apabila tiba2 diarah meninggalkan kerusi empuk itu selepas 8 mac - misalnya - walaupun tempat rehat selepas itu adalah rumah seluas padang american football.

dalam kes manusia belum akil baligh, mereka akan mengigau kalau terlalu teruja. budak2 yang bermain kejar2 pada siangnya dalam keadaan melampau boleh saja mengigau dikejar kawan2 ketika tidu tengah malam. sama jugalah dengan menangis melampau akibat dimarahi atau disergah, boleh saja menangis teresak2 dalam tidur.

maka, apakah yang anda semua pelik jika ada orang yang susah sangat nak lepas jawatan. walaupun menjadi ketua dalam tempoh tiga empat bulan, misalnya?

selain didorong oleh igauan kerana kebiasaan atau keterujaan melampau, seseorang budak boleh saja mengigau pada malam hari. kalau budak tua kerepot - lagilah - boleh jadi mengigau di tengah hari!

dalam keadaan mengigau, seseorang budak boleh saja mengharapkan apa saja. dilantik semula menjadi menteri, misalnya.

so, kak jat kaler merah, keras2-kanlah tengkuk tu kalau menghadap ketua (dan press), ya. atau akan berkatakah kak jat kaler merah: "persetujuan ini bukan bermotifkan politik"?

1 comment:

maiyang said...

harap jambul tu terselindung cepat. macam datuk noraini puteri pekembar.