Thursday, November 27, 2008

pkr, lu pikir la sendiri



pelik (dan malu) juga bila asyik2 pas yang (nampak) terus dihantui masalah. di peringkat pusat, ada pertembungan aliran/fahaman untuk berkuasa dan melaksanakan kuasa. di peringkat negeri - kedah dan selangor, misalnya - tentang memanfaatkan kuasa.

yang bagusnya, krisis (ya, kita perlu mengakui bahawa apa yang berlaku adalah krisis. sapulah kata kosmetik apa pun, ia memang krisis!) itu menelanjangkan sedikit sebanyak wajah sebenar tokoh2 pas di pelbagai peringkat.

yang (banyak) tak bagusnya, orang bawah/luar geleng2 kepala tengok tindak tanduk pemimpin pas menguruskan kemenangan. ada yang terkejut dan terpempan, ada yang macam main redah dan terjah dan ada yang macam (ulang: ma-cam) tenggelam punca.

pkr dan dap tak ada masalahkah?

dap juga ada masalah. dap pun ada konflik di antara klik, aliran fahaman dan kebijakan. pkr, lagilah. tapi ngapa pas yang menonjol?

katalah apa saja, seperti telus dan matanglah. terbukalah. beranilah. masalah atau krisis tetap krisis. bezanya, krisis pas terbuka macam pekung yang merayap di seluruh dada.

dan pkr? apekejadahnya?

barangkali ada benarnya pkr itu sedikit timing dengan kejayaan di luar dugaan selepas 8 mac dulu. ya lah, daripada satu kerusi di permatang pauh selepas 2004, tiba2 pkr jadi majoriti di kalangan pembangkang. memang ada alasan untuk pkr 'tarik harga'.

tapi kalau 'tarik harga' pun, jangan la tinggi sangat. bukanlah rahsia lagi bahawa kalau musim pilihan raya yang paling tekun dan jenuh bekerja adalah petugas pas. pkr? malas nak komen. nanti kecik hati kawan2. sebab tu kena fikir dan timbang rasalah sikit.

kalau di selangor pkr nampak macam dominan, tak ada masalah. tapi kalau pas bermasalah, tolong2 la tengok sama. jangan khianat (walaupun dulu mungkin ada kemungkinan pas nak cuba ubah selera). kena faham hala tuju dan jalan pas selama ini. jangan la celupar kata pas bongkak.

sebab tu, agaknya, ustaz azizan pun dikatakan timing juga di kedah. kalau di selangor pkr boleh tarik harga, apa salahnya kedah buat benda yang sama pada pkr, kan?

No comments: