Tuesday, November 18, 2008

seronok la korang....

wah, nampaknya wajah korang berseri2 je sejak setengah jam tadi. macam baru dapat sms daripada awek atau balak masing2. macam nak melompat ke atap. macam nak beli klcc pakai cash. macam nak buat kenduri 40 hari 40 malam. macam nak borong bmw satu kapal supaya boleh bawak kereta berlainan ke pejabat tiap2 hari.

mentang2-lah minyak dah turun 15 sen.

maka korang pun pakat2 la bersyukur dan bersyukur kepada kerajaan yang memahami kehendak hati nurani rakyat. dah jenuh ikat perut masa minyak naik 78 sen pada 4 jun dulu, la ni turun kali kelima. ulang: kali ke-li-ma! hebat, kan?

campur, tolak itu ini, dah 70 sen kerajaan kurangkan beban kita. fuuhh! besarnya rahmat, kan?

lepas ni, korang jangan la marah2 pulak kalau tiba2 harga minyak tu naik semula. korang ingat harga minyak macam harga majalah ke? lepas print harga pada cover majalah dan letak kat kedai tepi jalan, harga tu la jugak sampai bila2. nak tukar harga kena edar majalah baru. macam tu?

satu lagi, jangan juga marah2 kalau harga tak boleh turun2 lagi, sebab harga sekarang adalah harga selepas subsidi. ingat tu: sub-si-di. betapa baiknya kerajaan.

kalau tak, takkan la ada signboard kat stesen2 minyak tulis berapa harga minyak semasa, berapa subsidi kerajaan bagi.

itu pun ramai korang tak mau bersyukur.

untuk jadi bangsa maju, kita tak boleh bergantung kepada subsidi selama2-nya. hah, nanti bila subsidi minyak tu ditarik balik, jadilah kita bangsa yang maju, kan?

wah, masa tu korang tentu lagi seronok. macam baru dapat sms daripada awek atau balak juga, kan?

4 comments:

Anonymous said...

yang saya terbaca ialah 'mangsa baru', bukan bangsa baru.
maiyang

wanie_agk said...

terima kasih kerajaan!

Anonymous said...

suka minyak urut..ada ke boss?? haha :))

Aliff Mustakim said...

tak marah, suka!