Wednesday, December 3, 2008

ada apa dengan dato' selangor?


Sultan Selangor bekukan pemberian gelaran 'Datuk'
SHAH ALAM: Tiada seorang pun ahli politik akan menerima darjah kebesaran yang membawa gelaran Datuk pada Hari Keputeraan Sultan Selangor pada 11 Disember ini.

Ini kerana, Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah telah membekukan pemberian gelaran tersebut kepada semua ahli politik pada tahun ini.

“Tiada seorang pun ahli politik kerajaan negeri sekarang ataupun yang
terdahulu akan menerimanya (darjah kebesaran).

“Kerajaan negeri yang ada sekarang baru memerintah dalam tempoh lapan bulan. Sedangkan wanita yang mengandung pun mengambil masa selama sembilan bulan,” katanya kepada The Star dalam satu temubual eksklusif di Istana Mestika semalam. berita selanjutnya
di sini. (mstar, 2 dis 2008)


sekali pandang, ketiadaan anugerah pingat gelaran dari istana selangor semacam langkah kawalan kualiti dibuat kerajaan dan istana selepas anugerah gelaran seperti dato' jatuh tahapnya hampir2 seperti goreng pisang di tepi jalan. bagi anda yang berbangga dengan anugerah dan gelaran raja2/sultan2 melayu ini, marahlah kepada ali rustam dan melaka kerana sangat berjaya merakyatkan gelaran kehormat itu.

tapi ada persepsi lain, sebenarnya.

tanpa berniat mengapi2-kan sentimen perkauman atau menghina mana2 institusi, sebenarnya anugerah istana ini mula diberikan imej lain dan berbeza pada era pasca pilihan raya umum ke-12 lepas.

pulau pinang, misalnya hanya menganugerahkan gelaran kepada presiden pkr tetapi tiada mana2 ahli dap yang memerintah penang mendapatnya.

di perak, hanya exco kanan dap yang menerima gelar, selain ir nizar sebagai menteri besar.
kedah - yang dikuasai pas - berjalan seperti biasa. maka ustaz azizan pun bergelarlah dengan gelaran istana.

kelantan - tak banyak perubahan selepas 18 tahun di bawah pas.

kini, selangor khabarnya akan membekukan gelaran itu. saya tak pasti jika tidak dibekukan, siapakah yang akan menjadi orang bergelar di selangor. kemungkinannya adalah speaker sendiri, teng chang yeow. juga mungkin teresa kok. hasan ali memang dah bergelar. mb, khalid ibrahim, dah lama bergelar dengan gelaran lebih tinggi.

bukanlah aneh/asing jika dap tidak diberikan gelaran. dengan persepsinya sebagai chauvinist cina, tak banyak yang boleh diharapkan dengan gelaran istana raja/sultan melayu. tak susah nak faham isu ini.

tapi isu yang lain adalah - dap sendiri tak berminat (sekurang2-nya itu yang dinyatakan) kepada gelaran istana. dap pulau pinang secara jelas menolak diberikan pingat. selangor pun tak kelihatan/kedengaran berminat. kedah - lain cerita. perak pun agak lain sedikit.

sesuatu barang hanya berharga bila ada permintaan. semakin banyak permintaan dan semakin terhad bekalan, jadi mencanak2-lah nilainya. ia adalah prinsip asas ekonomi yang boleh diguna pakai untuk macam2 perkara. jadi bila permintaan kurang, apakah nilaian pingat itu juga nanti akan kurang?

dan - ini sensitif sikit, tapi masih perlu direnungkan - apabila ada individu2 tertentu menolak (ulang: me-no-lak) pemberian, bukankah itu juga satu penolakan terhadap sesebuah institusi? atau mungkin penolakan terhadap sesuatu pengaruh?

memanglah pihak yang memberi boleh berbangga kerana berkuasa menentukan siapa yang mahu diberi dan siapa yang dielak diberi. tapi di satu sisi lain yang dalam keadaan 'yang menerima', mereka juga boleh berbangga kerana menolak daripada menerima. atau dengan ayat lain - tak ada kesan sedikit pun daripada penolakan si penerima terhadap anugerah pemberi.

pada akhirnya, apakah nilaian anugerah itu akan tetap eksklusif dan prestijnya? atau - seperti dalam kebanyakan keadaan lain - kita hanya berbangga dan berseronok dengan nostalgia itu ini ketika orang lain semakin laju melangkah ke depan.

No comments: