Sunday, December 28, 2008

anehnya blog itu

sekali imbas, blog itu memang kurang ajar. sangat2 kurang ajar. selain kurang ajar, istilah lain yang boleh digunakan adalah bebal. bodoh. bengap.

mana mungkin seorang manusia waras dan mengaku melayu membuat penghinaan sekeji itu terhadap semulia-mulia makhluk diciptakan Allah. nak lafaz semula di sini pun tak tergamak rasanya.

tapi sebenarnya banyak yang meragukan mengenai blog bodoh lagi kurang ajar itu. memaparkan mugshot (gambar muka) dengan jelas dan bangga dengan mengulang2 penghinaan sama terhadap nabi s.a.w. adalah antara kejanggalan yang mungkin tidak disengajakan penulisnya. ia bukan berlaku secara spontan, sebaliknya sangat dipaksa2.

maaf cakaplah, tapi ia mengingatkan saya kepada perilaku lelaki yang nak jadi perempuan. sangat berlebih-lebihan, kan?

lebih menarik, sabtu, 27 dis 08 semua akhbar utama memberikan ruang kepada laporan berkenaan. utusan malaysia, misalnya, memberikan ruang muka depan untuk laporan mengenai blog haram jadah itu. akhbar kumpulan nstp yang berpangkalan di jalan riong, bangsar turut bersepakat melaporkannya.

lagi satu aneh!

agak jarang sesuatu laporan mendapat persepakatan media massa perdana untuk dilaporkan secara besar2-an. hakikat bahawa media perdana sering mendapat arahan daripada pihak tertentu - di putrajaya, misalnya - bukanlah sesuatu yang asing di negara ini.

dan bahawa taktik wag the dog untuk mengalih perhatian rakyat, sekali gus memanipulasi keadaan dan mengolah persetujuan bagi sesuatu isu juga adalah amalan yang selalu memberi kesan kepada bn selama ini. tambahan pula menjelang pilihan raya kecil kuala terengganu ini.
hati2 dan buka mata lebih luas untuk memahami rentak tarian terbaru dipalu ini.

No comments: