Monday, December 1, 2008

awek2 pink seremban dalam bilik hotel

bila kita marahkan anggota polis, kita tak patut marah seluruh angkatan polis yang bernama pdrm tu. walaupun ada segelintir yang perangainya tak berapa elok, ramai juga yang jujur, amanah dan ikhlas mencari rezeki dengan lencana bermartabat tinggi digunakan pdrm tu.

samalah juga dengan beberapa agensi lain yang selalu jadi sasaran marah. bpr, misalnya. asyik2 jadi kutukan sebagai 'ejen kerajaan'. jenuh bpr nak tanggung kutukan tu. merah padam muka dan telinga dengar caci maki dan tuduhan orang ramai.

dah la gaji bukannya besar mana. tugas berat. keselamatan belum tentu terjamin. tiba2 kena kutuk la, kena tuduh la. dan yang terbaru, digambarkan jahat sangat sebab kurung awek2 dari seremban dalam bilik. lepas tu suruh sign akuan itu ini. nampak macam kejam sangat bpr.

dan akhbar melaporkan apa yang keluar dari mulut awek2 pink tu. cerita pihak bpr tak siapa yang tahu. termasuk saya la yang tak tau tu.

masalahnya, bpr pun satu hal juga. payah sangat nak bercakap. kalau boss dia bercakap pun hebat kiasannya. berbunga2 dan berbelit2. jenuh nak paham mesej yang disorok di celah garisan (between the lines) tu. kadang2, rasa macam bpr sengaja tak mau bagi kita paham.


macam kes di hotel seremban tu. dengar pun seriau juga. hotel, anak dara pink, bpr.


adakah bpr kini semakin akrab dengan hotel selepas insiden di penang dan perak dulu? tak tau nak jawab sebab saya bukan kerja dengan bpr.


tapi tentu ada sebab mengapa bpr 'kurung' awek2 pink tu dalam bilik.


macam polis, bpr pun ramai pegawainya yang baik2. jujur dan amanah belaka. yang busuk memang ada, tapi mungkin tak ramai.


kesian juga tengok telinga dan muka diorang merah kena kutuk kiri kanan. rupanya, bukan pembangkang je yang kutuk bpr. umno pun sama. ya, bila leher diorang tersepit, maksud saya.


tapi ada angin membawa khabar kepada saya, bahawa kaedah siasatan bpr tu ada dua cabang. satu - siasat macam mana nak dedah dan dakwa. satu lagi - lu pikir la sendiri.


macam kat seremban tu, kesnya babitkan anak dara pink, exco dan jawatan ketua bahagian umno. bukan setakat cawangan saja. dan biasa la - umno ni alah sangat dengan duit.
sebab tak dapat duit, boleh buat report itu ini kat bpr. bila dah cover balik duit yang terlepas tu, report pun boleh tarik balik. marah boleh jadi sayang. benci boleh jadi rindu.


yang hulur fulus ketawa senang hati sebab terlepas dari hukuman dan dapat kekal jawatan. yang teruk kena tibai, bpr juga.

No comments: