Tuesday, December 2, 2008

bogel punya cerita


nampaknya bersungguh2 benar 'orang2 prihatin selangor' nak berbogel. konon sebagai bantahan kenaikan sewa rumah oleh kerajaan pakatan rakyat di selangor. berbuih mulut bagi alasan dan amaran, mereka nak berbogel juga.

agaknya, ayat yang sesuai dikatakan kepada mereka adalah: hah, bogel la kalau dah nak sangat!

saya yakin mereka tidak akan berbogel seperti digembar-gemburkan. kecuali iman mereka dah sangat tipis dan koyak rabak, apa yang bakal berlaku (kalau betul2 nak berlaku) hanyalah gimik2 murahan.

tapi pada masa sama, pakatan rakyat - terutama pkr - kena la perhati dan prihatin. tengok siapa dalang2 di belakang kumpulan tu. khabarnya, mereka bermesyuarat pun sekitar hentian lrt sentul tu je. dan konon2nya ada bekas aktivis reformasi di dalam tu.

kalau betul, kena perhati juga apa sebabnya. mungkin ada yang terbiar, mungkin ada yang disisih. saya kata - mungkin.

dan kemungkinan lain - mereka ni nakkan perhatian. atau bahasa manjanya - dahaga kasih sayang...

4 comments:

rimanilzah said...

di lembah pantai pun ada cerita nurul tak jenguk2 mereka di flat yang kuat beri sokongan masa pru dulu.

Anonymous said...

bukan takat di lembah pantai, di BATU pun tak kurang. jgn terlepas jenguk sampai PRU 13 sudah

nizaMWahid said...

tak kisahlah apa ceritanya tapi gambar empat ayam 'bogel' tu memang kelakar habis...

Anonymous said...

hahahaha

ini entri lanis = lawak dan sinis.

ayam togel dan nak perhatian? ish ish ish ish ishhhhhh
tintasukma