Monday, December 8, 2008

gelongsor

bila alam lalu bersuara
dalam bisik paling lembut
menyapa alpa memberi tahu
bahawa ada ketikanya
mereka juga letih
menahan sabar
menahan lelah
menahan hina
dan sebak dengan air mata
kita bercempera tiba-tiba
dan tanpa malu
menoleh pula ke langit
bertanya: mengapa?

dalam bisik
paling lembut itu alam
bersajak mengajar
bahawa kerjasama itu
adalah berusaha
mengimbangi bukan
saling memusnahkan

(dan alam juga bisa
mengajar makna sunyi
dalam bisiknya)

No comments: