Thursday, December 11, 2008

iklan tak berbayar, tapi mudah2-an berpahala

saya dah dapat sms di bawah ni agak lama, tapi baru sekarang berkesempatan (dan diberi keizinan) untuk dimasukkan sebagai satu daripada entri di sini. anggaplah ia satu iklan tak dibayar kepada saya, tapi insya-Allah dibayar dengan yang lebih baik daripada Allah.

sms ni dikirim sahabat lama saya di penang.

salaam 'alaik,RAUDHAH (pusat pemulihan wanita & remaja) PUMPP memerlukan RM10k utk menyiapkan wakaf pengajian & solat. mereka yang berminat boleh m'hubungi Shamsul 019-440 3060 @ ust hafiz nordin 019-412 7440 utk perbincangan lanjut. Moga diberkati Allah

sebelum ni, saya dikhabarkan bahawa antara keperluan yang boleh disumbangkan adalah peralatan rumah/dapur. jika anda rasa/nampak angka RM10k di atas tu besar, jangan cepat panik.

memanglah lebih besar sumbangan lebih baik utk mereka. tapi kalau kurang kemampuan, hulurlah setakat yang ada.

utk makluman, PUMPP di atas merujuk kepada persatuan ulama malaysia cawangan pulau pinang.

1 comment:

maiyang said...

wow, thanx a lot papa. i try to help inshaAllah.