Monday, December 22, 2008

siapa yang perlu berbogel?

saya bersikap berbelah bagi apabila melihat pkr tidak melayan ugutan bogel kumpulan reformis untuk menayang 'anu' kepada menteri besar selangor - hanya kerana kadar sewa yang dinaikkan (kemudian dipersetujui diturunkan) untuk penghuni rumah ppr.

sejak awal saya melihat ada sesuatu yang tak kena dengan isu ini. ia bukan sekadar isu sewa dinaikkan. takkan la semata2 isu sewa rumah ppr tiba2 geng reformis naik berahi nak berbogel?

siap ugut2 itu ini lagi. bila tan sri khalid buat donno, ramlan ugut nak bogel depan anwar pulak.

siapakah ramlan abu bakar? siapa iserinya? siapa anak2-nya? siapa kawan2-nya?

saya pernah menulis tentang berahi berbogel ini sebelum ini (di sini). dan saya mencadangkan jika berminat, pihak2 yang berkenaan siasat la apa yang patut. adakah benar mereka ni kurang kasih sayang daripada pr. atau sekadar nak tarik perhatian kepada isu lain yang lebih besar dan penting daripada sekadar bogel-bogelan depan mb selangor.

khabarnya, isu bogel tu bermula daripada rasa marah, kecewa dan rajuk aktivis reformasi dulu. kalau bekas tentera AS di vietnam dulu digelar veteran perang vietnam, mereka yang sekelompok tak puas hati itu adalah veteran reformasi yang dilupakan. mungkin tak semua dilupakan, tapi ramai dilupakan.

dengan kuasa yang ada dan pengaruh semakin kukuh, tidakkah ada apa2 yang boleh dilakukan kerajaan selangor - misalnya - untuk membalas jasa veteran reformasi itu? ini bukan soal pilih kasih atau seleweng, tapi sekadar apresiasi. penghargaan.

berapa ramai veteran reformasi yang dilupakan? apa khabar ust badrul amin? apa khabar nasir? yang lain2 - macam mana?

ust badrul amin pernah ditahan isa kerana reformasi. tiba2 dia terkapai2 seorang diri ketika rakan sebiliknya/satu kem di kamunting ada sedikit kedudukan?

pkr perlu memikirkan hal ini. tak apalah jika mahu kekalkan pegawai2 rejim dulu dalam pentadbiran sebagai strategi atau pendinding daripada serangan bn/umno. tapi takkan di tepi2 kekuasaan itu tak ada langsung tempat untuk veteran reformasi?

1 comment:

Anonymous said...

ooooooooo .. gitu rupenye citer .. aih aih .. agaknya mereka ni gilakan perhatian, lantas rajuk bawa diri ;))