Wednesday, December 31, 2008

yang jelik dekat paksi


ada dua perasaan berbeza yang berbaur ketika saya melihat gambar persatuan penulis/budaya menggelarkan diri sebagai badan seniman paksi rakyat (paksi) mengadakan dialog dengan wakil kerajaan selangor di shah alam baru2 ni.


pertama - seronok/bangga sebab penulis/budayawan yang memperjudikan masa depan dan periuk nasi semata2 menyanggah kezaliman semakin diiktiraf, mendapat tempat dan suaranya didengar selepas disatukan di bawah paksi. nama2 seperti dinsman, ihsam rais, azizi dan yang lain adalah antara penggerak seniman celik dunia sejak era reformasi dulu.

selepas berjuang di pentas2 bukan aliran utama - seperti di taman melewar, misalnya - mereka kini mampu bercakap dan berunding dengan kerajaan pakatan rakyat. selangor itu kerajaan pakatan rakyatlah. sesuai dengan namanya, kerajaan selangor (dan negeri lain yang terhutang budi kepada rakyat kerana melantik mereka menubuhkan kerajaan) wajib mendengar dan berurusan dengan rakyat. seniman/budayawan adalah komponen rakyat.

bukanlah aneh atau janggal jika kerajaan pr memberikan ruang dan kelebihan kepada paksi untuk beraktiviti. rasanya, itu bukan amalan rasuah atau pilih kasih, tapi mengenang budi. ya lah, dah bersusah2 dan berganding bahu menggerakkan perubahan, sangat wajar paksi diberi tempat wajar. tambahan pula persatuan2 penulis yang lain hampir sama tarafnya dengan jurasik.

perasaan kedua adalah - jijik.

saya tak benci atau meluat kepada paksi itu. tapi seperti yang berlaku pada majlis makan malam dengan anwar dan kerajaan selangor beberapa bulan lalu, saya jadi loya melihat sebahagian daripada komponen penulis/sasterawan yang hadir dalam dialog baru2 ni adalah golongan oportunis yang tiba2 mau jadi hero.

jika majlis makan malam dulu di-kidnap oleh segelintir orang lingkungan dekat anwar, dialog paksi terbaru nampaknya menonjolkan penulis cari makan ala sumpah2. ketika zaman reformasi dan susah dulu, mereka ghaib kecuali apabila ada peluang menguntungkan diri sendiri. mendapat projek atau kontrak, misalnya. atau ditauliah menjadi penulis upahan menaikkan imej tokoh tertentu, misalnya.


kini, apabila lubuk gula dikuasai puak lain, semut2 itu pun menghurungnya dengan rakus dan bersemangat. barangkali, lebih bersemangat daripada aktivis reformasi.

isunya:

- adakah kerajaan pr memahami?

- adakah kerajaan pr cukup cerdas membaca sepak terajang politik sastera ini?

- adakah kerajaan pr akan kekal dengan dasar mengambil hati tak bertempat?

1 comment:

Diamilikku said...

salam tahun baru untuk org kertas...