Monday, December 8, 2008

yang nyata dan (ber)sembunyi?


sedih, memang la sedih. hiba pun ada. tapi bila tengok reaksi pelbagai pihak terhadap bencana di bukit antarabangsa, kita rasa bangga juga. polis cepat. bomba dan penyelamat juga cepat. smart team pun cepat.

wakil rakyat cepat. menteri besar pun cepat. najib - boleh dikatakan cepat. perdana menteri - er, oklah. kita anggap cepat juga.

macam-macam pihak bukan kerajaan hulur bantuan. saya ada nampak gambar unit amal pun ada di sana. tauke nasi kandar pun tak berat tangan bukak khemah bagi makan free. ini semangat yang sangat dipuji.

cuma saya musykil: tak ada ke bekas2 adun atau mb lama datang melawat, kan? memang la diorang dah jadi bekas, tapi dalam 'bekas' tu juga, di tangan mereka ada bekas campur tangan. kerajaan selangor hari ni baru sembilan bulan. saya tak fikir ada keputusan baru dibuat tentang pembangunan projek baru di bukit antarabangsa.

oklah. mungkin regim lama sibuk berhari raya. er, reporter tak terfikir nak bertanyakah? sedangkan orang ada di alaska pun reporter boleh cari dan call kalau nak. inikan di sekitar selangor. takkan tak boleh cari untuk dapat komen.

atau mungkin reporter telefon tapi ada yang tak angkat telefon.

entahlah.

4 comments:

Anonymous said...

nama pun dah tinggal 'bekas'..jadi, macam tulah 'peraturannya'...

aku suka sajak engkau gelongsor tu, cantik!

-orang-orang-

nizaMWahid said...

suka la sajak gelongsor tu..
itu namanya diam-diam bumi. kalau diam tak bermakna boleh dipijak sesuka hati..

Anonymous said...

dengar dan hayati gelongsor. :)

er .. dah namanya bekas, mana mau tanggungjawap pak ..

tintasukma

maiyang said...

hahaha betul tu