Friday, January 30, 2009

alahai pr perak...

sebenarnya saya sangat sedih dan sayu apabila datuk seri mohd tajol rosli ghazali dilaporkan akan berundur dan melepaskan jawatanya dalam parti. walaupun pada peringkat awal dia menafikan laporan akhbar pada khamis 29 jan 2009, mesyuarat majlis tertinggi umno pada malamnya sekadar mengesahkan apa yang dinafikan adun pengkalan hulu itu.

rasanya, sayu dan sedih saya kira2 sama macam sayu dan sedih tajol rosli pada malam selepas pilihan raya umum 8 mac tahun lalu (kalau ada sesiapa dah lupa, sila klik di sini). atau ketika dia sebak mengumumkan senarai nama calon yang dipertaruhkan menghadapi pakatan rakyat sebelum itu (imbas berita di sini).

sebaik adun bota berpindah kem ke pakatan rakyat, semua orang agak terpempan dan terkejut. seronok ada, tak percaya pun ada. yang tak percaya itu termasuklah kalangan ahli umno sendiri.
dan seronok dan terkejut itu barangkali mengalpakan kita bahawa sebenarnya pakatan rakyat memerlukan pemimpin umno seperti tajol rosli terus memimpin umno dan barisan nasional di perak. seorang pemimpin dan pemuka parti nasionalis 'sehebat' tajol rosli perlu dikekalkan, sama seperti pembangkang memerlukan dr mahathir dan pak lah terus menjadi perdana menteri ketika menghadapi pilihan raya.

sepatutnya, pakatan rakyat perak (dan pusat) perlu bertindak advance mencari jalan supaya tajol rosli terus menjadi ketua perhubungan umno perak dan pengerusi barisan nasional perak.

kaedahnya? ikhtiarlah! desak supaya dia letak jawatan, misalnya.

sifir politik malaysia memperakui nilai/standard bahawa seorang pemimpin tidak akan menerima gesaan musuhnya. itu diajar dr mahathir sejak lama dulu. dan tajol rosli perlu didesak supaya meletak jawatan dengan andaian dia akan terpaksa bertahan dengan jawatan sebelum ini.

malangnya, pemimpin 'sehebat' tajol rosli dibiarkan merajuk, berkecil hati dan menangis lagi sendiri2 ketika pakatan rakyat terkejut dan terpempan dan terseronok dengan kemasukan adun bota.
sayang sekali.....

No comments: