Friday, January 30, 2009

kambing hitam bernama sprm

khabarnya umno yang sesak dengan pelbagai masalah dalaman dan luaran kini mencari kambing hitam (scapegoat) untuk memujuk hati. juga mempertahankan diri daripada tanggapan buruk (dan busuk) orang ramai terhadapnya.

sudahlah seorang demi seorang ahlinya disiasat dan didakwa kerana rasuah, kini mereka mendakwa kononnya sprm itu ada agenda sendiri (ha ha ha ha ha.... lawak sungguh!). kononnya ayah seorang daripada pegawai kanan badan itu adalah ahli pas. khabarnya berita itu baru berlegar2 di dunia maya sehari dua ni.

wah, nampaknya sprm pun kena tempias dek lemasnya umno bersilat meneruskan survival parti tu. dan alasan apa saja boleh dihalalkan untuk menjustifikasi amalan rasuah!

1 comment:

Anonymous said...

haiyok .. ambo fenin fenin fenin.

entri sebelum ni .. sentimental sungguh tajol tu ya? asyik nangisyyyyyyyyyyyyyyyyyyyy aje .. anak tinta pun tak camtu ;))