Thursday, January 22, 2009

melayu tak kenang budi

"macam ni la melayu, tak tau kenang budi..."

ada sebuah kawasan rumah pangsa yang malang - bukan sebab tak ada lif, tapi ada lif yang serupa tak ada. lif jadi barang perhiasan dan mungkin untuk melepaskan geram. rosak dan tak ada faedah.

maka merungut dan membebellah penduduk rumah pangsa tu. ye la, kalau dah duduk tingkat sepuluh atau berbelas2 dan terpaksa panjat tangga tiga empat kali sehari, semua orang berang. kalau kita yang dengar pun berang, penduduk setempat - lagi 20 kali ganda berang.

mengadu sana sini, akhirnya keluar tivi. timbalan menteri pun datang dan dapat coverage. masuk paper dan tivi juga. dia bagi rm10,000 dan agaknya kembang hidung dengan duit sumbangan tu. duit tu boleh kata duit keramat, agaknya sebab dijadikan tangkal timbalan menteri untuk selesaikan masalah.

satu lif perlukan rm30,000 untuk diperbaiki. dan kawasan itu ada dua tiga blok lagi. mana boleh duduk diam.

masuk tivi sekali lagi - penduduk merungut masalah tak boleh selesai.
tak lama kemudian, pengerusi persatuan penduduk dapat panggilan telefon drp timbalan menteri tu yang marah2 sebab mengadu kepada tivi.

"macam ni la melayu, tak tau kenang budi," kata timbalan menteri tu.

yang kena sergah tu melayu. yang menyergah marah2 tu bukan melayu.

er, mana puak2 ayahanda, kekanda, abang ngah, along, yang kuat 'membela' melayu tu? pergi la pakai songkok dan baju t kat depan pejabat timbalan menteri tu kalau terer sangat!

1 comment:

Anonymous said...

diorang kan dah tertogel .. tentu takde baju nak pakai daaahhh :D

tinta