Monday, January 19, 2009

nasib baik menang

saya pastilah menipu kalau kata tak seronok tengok mohd abdul wahid endut menang di kuala terengganu. memang seronok. asalkan bukan bn dan kroninya yang menang, dah kira sesuatu yang menyeronokkan.

dan secara jujur, saya kurang yakin pas/pr akan berjaya menewaskan hagemoni berdekad bn tu. ikut hukum akal, memang makan masa puluhan tahun lagi, agaknya. tapi kuasa tuhan siapa boleh halang, kan?

dan kebimbangan itu juga bersandarkan kepada pemerhatian dan berita2 dibawa angin dari terengganu. banyak jugak komplen disampaikan. pesuruhjaya terengganu yang selalu terlepas cakap la, bantuan tak selaras la, team negeri luar yang disambut dingin la. juga poster yang tak cukup.

kalau alasannya adalah kerana keterbatasan sumber material dan lain2, ia masih boleh diterima. tapi kalau (saya kata: kalau) disebabkan ego dan yakin melampau kepada kebolehan/kemampuan sendiri (maksudnya, kekuatan pas terengganu) alahai malangnya pakatan rakyat!

dizahirkan memanglah pakatan rakyat ini kuat dan segala kecoh2 dalam pelbagai isu itu kononnya mainan media arus perdana. memang ada betulnya, tapi ada pula salahnya. siapa yang dapat nafikan bahawa memang ada masalah banyak sesama anggota pakatan rakyat. ketiadaan penyelerasan adalah satu daripada masalah besar yang belum ditangani sehingga kini.

dan ego yang tak bertempat adalah satu lagi masalah yang kalau belum diatasi akan menjadi nanah kepada pakatan rakyat. percayalah.

1 comment:

Anonymous said...

masalah itu kekal menjadi masalah selagi mereka tak nampak ia bermasalah :(

tintasukma