Monday, January 26, 2009

sambut yang baru, ingat yang lama




suka, memanglah suka bila adun bota umum keluar dari umno dan join pkr. maknanya, kerajaan pakatan rakyat di perak semakin kukuh dan sukar pula tajol rosli and the gang dan gugat. ikut hukum akal, tak mudah nak tarik empat lima adun dari pas, pkr atau dap untuk guling kerajaan dipilih majoriti rakyat perak tu.



tapi, seronok tu seronok juga. jangan terlebih seronok sampaikan lupa di mana tanah yang dipijak dan pohon menghijau yang mencantikkan pandangan selama ini.


satu kecenderungan yang dapat dilihat pada sesetengah pemimpin parti2 pakatan rakyat adalah memberi imbuhan berlebihan kepada bekas2 pemimpin bn yang menukar wadah perjuangan mereka.


bekas ahli parlimen klang yang juga ahli jawatankuasa pusat mca, tan yee kew, misalnya diberi tumpuan hebat juga ketika baru menyertai pkr. malah dia diuar2-kan jawatan yang dipertua majlis perbandaran klang.


kita tunggu pula apa habuan untuk Nasarudin Hashim.


isunya bukanlah salah diberi ganjaran. adat orang berseteru baru berbaik2, elok juga diberi hadiah. tapi jangan berlebihan. tambahan pula kadang2 yang baru berbaik2 tu diawalnya merajuk dengan keluarga lama.


kalah perebutan jawatanlah, diketepikan daripada jawatanlah, ditamatkan kontraklah. macam2. mesej yang dilihat orang awam adalah, kedatangan mereka dicetuskan perasaan kecewa. kalau tak kecewa, tak datanglah kepada pas, pkr atau dap.


sekali lagi - tak salah beri hadiah. tapi jangan berlebihan. ingat sama orang2 lama pas, pkr dan dap yang bersusah-payah bertahun2 berkorban untuk parti. ramai yang diberi tempat atau ganjaran, tapi lebih ramai yang terbiar, sama ada disengajakan atau tidak.


dalam islam pun, kalau nak sedekah, sedekahlah kepada saudara terdekat dulu baru saudara yang jauh. itu lebih afdhal, kan?


1 comment:

Anonymous said...

hahahaha .. betui betui .. kena ikut hukum ... errr apa kalam nak sedekah kat sahabat baik kalam ni? ;))