Friday, February 6, 2009

belajar dari perak

saya tak peduli apa pandangan atau istilah yang anda mahu gunakan, tapi yang pasti perak mengalami krisis. pedulilah sama ada anda kata ia krisis politik, perundangan, kehakiman, istitusi diraja atau apa saja.

perak mengalami krisis. khalas.

dan secara peribadi, ia adalah kesan daripada kelemahan mengurus kemenangan secara keseluruhan. bukan setakat di perak, malah di peringkat kebangsaan.

cuma bagi anda yang berasa mahu belajar dan belum cukup ilmu di dada (tetapi pastinya anda sentiasa lebih berilmu daripada saya), kini adalah masa untuk merenung dan memahami lebih dekat bagaimana maklumat diputar belit untuk kepentingan pihak yang berkenaan.

sebab itu dalam demokrasi dan politik, maklumat sangat penting. maka, ketika sesuatu kerajaan baru berkuasa (termasuk melalui kaedah tidak sah dan kotor), media menjadi antara keutamaan teratas. maka diletakkan individu2 diyakini mengawal dan mentadbir urusan media massa.

saya mencadangkan anda melihat kepada realiti semasa dan bagaimana maklumat itu dimainkan. saya tahu anda begitu cerdas dan bijak, tetapi apa salahnya kita gunakan masa ini untuk menolak 'sumpahan' ke atas bangsa melayu, iaitu mudah lupa.

mudah2-an tanpa sifat lupa (dan manja berlebih2-an) kita tak terlalu terkejut, terpempan, panik, jika sejarah berulang lagi. maksud saya - mainan manipulasi maklumat yang diorkestrakan untuk menggubah persetujuan massa.

dan dengan memahami isu ini, kita tak menjadi sebahagian daripada bahan mainan penguasa/daulah busuk dan membusukkan itu.