Wednesday, March 4, 2009

jebon

barangkali agak keterlaluan kalau saya katakan bahawa, mendepani musuh bernama umno-bn ini adalah tugas yang amat payah dan perit. terlalu sukar dan menyukarkan. menghadapi musuh ketika zaman perang mungkin - secara relatifnya - jauh lebih mudah berbanding juak2 umno - bn.

semuanya kerana umno - bn mengaplikasikan peraturan tanpa peraturan. pertembungan without rules.

jika tadi azalina othman said secara celupar mendakwa pakatan rakyat mengamalkan undang2 rimba, pemerhatian membuktikan umno - bn itulah yang hidup dalam rimba (dan memaksa rakyat seluruhnya sama2 merimbakan hidup bersama mereka).

contoh mudah: peraturan menetapkan menteri besar perak hanya boleh terlucut melalui tiga cara. tiada cara keempat. tapi umno - bn tetap degil dan bertindak di luar batasan undang2 dengan menabalkan seorang adun lain sebagai menteri besar. biarlah seluruh dunia memekik dan meraung untuk menidakkan kuputusan itu, juak2 umno - bn tetap buat donno dan kekal dengan pelantikan itu.

peraturan juga menyebut speaker berkuasa memanggil sidang tergempar. dia ada hak untuk mengendalikan sidang dan sepatutnya diberi laluan ke dewan undangan negeri. tapi umno - bn enggan mengalah dan mengarahkan pintu bangunan SUK ditutup. nak mudahkan kerja, arah polis/FRU (isu siapa yang memberi arahan adalah isu lain yang juga sangat mencolok mata).

pedulilah satu dunia kata tindakan itu tak betul dan tak bertamadun, umno - bn dan polis tetap menutup laluan ke bangunan SUK.

tak ada rasa malu, rasa bersalah, hormat kepada kedaulatan undang2 dll. ia semudah itu. bahasa lebih mudah: angkuh.

(ingat, malu adalah salah satu daripada sifat orang beriman, kata rasulullah, kan?)

di sini letaknya kesulitan amat besar untuk mana2 rakyat yang tak sehaluan dengan umno - bn menghadapi mereka. tarian rakyat tak sekata dengan rentak lenggang umno - bn. ketika rakyat diwajibkan taat dan patuh kepada peraturan/undang2, umno - bn kekal bebas dengan peraturan dan undang2 sendiri. undang2 berasaskan keangkuhan.

nah, siapakah yang mengamalkan hukum rimba, azalina? er, pekida tu dari rimba mana?

No comments: