Thursday, April 30, 2009

1malaysia kantoi di penanti

serta-merta pecahlah benteng airmatanya
dan berderai manik2 jernih menuruni
lereng kedut kulit wajah mengharap.
cintanya pernah hinggap di dasar hati dara
tapi lincah pula ditepis bayu subuh yang rusuh

serta-merta pecahlah benteng airmatanya
dan runtuh mahligai kaca di dada permatang
sebelum sempat simen dibancuh dan pasir dituang.
gejolak nafsu gersang membuak tapi ribut dan ombak
membadai menahan dan menghalang.
mimpinya macam dah confirm kecundang?

serta-merta pecahlah benteng airmatanya
dan tercabar kelelakiannya. keris terhunus
layar terkembang gelanggang terbentang
tapi apa kan daya hasrat terhalang.

nak tambah koleksi, anak dan isteri
di rumah menanti dengan kafan dan belati
nak ditinggal pergi, ada pulak ego
membentak dalam hati. pendekar tak boleh kalah
tak boleh kendur tak boleh rebah

(dan dalam senyap dan sulitnya
dia mengasap melangir kerisari bertuah
dan bertanya - ke mana arah langkah kaki
selepas ini? mungkinkah kembali ke danau
dan teratak damai peribadi
atau mencuba nasib lagi
meniti mata pedang dan bernyanyi
aku si pemberani?)

No comments: